Kursus Penggunaan Aplikasi MyGeotranslator dan MyGOS

Date: 
Wednesday, July 26, 2017

Kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan aplikasi MyGeotranslator dan aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MYGOS). Antara agensi yang hadir seperti Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG), Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG, Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).

 

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.

 

Click here  to view Photo Gallery.

Category: 
Year: