Kursus Penggunaan Aplikasi MyGeoTranslator dan MyGOS

Date: 
Tuesday, November 13, 2018

Kursus Penggunaan Aplikasi MyGeoTranslator dan MyGOS diadakan selama 1 hari melibatkan peserta yang terdiri daripada ahli mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi kategori Utility seperti:

  • Bahagian Pemetaan Utiliti (JUPEM);
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN);
  • Suruhanjaya Tenaga (ST);
  • Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS);
  • Jabatan Kerja Raya (JKR);
  • Gas Malaysia Berhad; dan
  • Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

 

Pegawai-pegawai yang hadir telah diberi latihan penggunaan aplikasi MYGOS seperti berikut:

 

  • Mengakses maklumat daripada pelbagai sumber secara online;
  • Menjana data textual (xlsx/csv) kepada data spatial;
  • Menghasilkan peta daripada aplikasi MYGOS melalui pelbagai sumber (MyMap & My Content); dan
  • Perkongsian maklumat secara online.

 

Pegawai-pegawai yang hadir turut diberi latihan penggunaan aplikasi MyGeotranslator tentang penggunaan sub modul-sub modul seperti :

 

  • Sub modul Semakan Data;
  • Sub modul Format Data;
  • Sub modul Transformasi Koordinat ;
  • Sub modul Unique Parcel Identifier (UPI);
  • Sub modul MS1759;
  • Sub modul Pemadanan Geonames;
  • Sub modul Pengisian Malaysia Metadata Standard (MMS); dan
  • Sub modul Simbol Standard.

 

Kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan aplikasi MyGeotranslator dan aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MYGOS).

 

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.

 

Klik di sini untuk galeri gambar 

 

Category: 
Year: