Kursus Penggunaan MyGOS, Sistem Koordinat dan Proses Transformasi Koordinat serta Aplikasi MyGeotranslator | 14 - 15 Februari 2017

Date: 
Tuesday, February 14, 2017

Kursus Penggunaan MyGOS, Sistem Koordinat dan Proses Transformasi Koordinat serta Aplikasi MyGeotranslator diadakan selama dua (2) hari melibatkan peserta yang terdiri daripada pegawai daripada Seksyen Electoral Geographic Information System (EGIS), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

 

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran tentang penggunaan aplikasi MYGOS, aplikasi MyGeotranslator dan sistem koordinat serta proses transformasi koordinat.

 

Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) bersama dengan Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.

 

 

Pada hari pertama, pegawai-pegawai yang hadir telah diberi latihan penggunaan aplikasi MYGOS seperti berikut:

  • Mengakses maklumat daripada pelbagai sumber secara online;
  • Menjana data textual (xlsx/csv) kepada data spatial;
  • Menghasilkan peta daripada aplikasi MYGOS melalui pelbagai sumber (MyMap & My Content);
  • Menghasilkan story map & simple web application;  dan
  • Perkongsian maklumat secara online

Pada hari kedua pula, pegawai-pegawai yang hadir telah diberi latihan proses transformasi koordinat menggunakan perisian ArcGIS Dekstop serta latihan penggunaan aplikasi MyGeotranslator.

 

Antara sub modul-sub modul yang terdapat dalam Aplikasi MyGeotranslator seperti :

  • Sub modul Semakan Data;
  • Sub modul Format Data;
  • Sub modul Transformasi Koordinat ;
  • Sub modul Unique Parcel Identifier;
  • Sub modul MS1759;
  • Sub modul Pemadanan Geonames;
  • Sub modul Pengisian MMS; dan
  • Sub modul Simbol Standard

 

Click here to view photo gallery.

Category: 
Year: