Lawatan Akademik Pelajar Geodesy Engineering Diponegoro Unversity, Indonesia

Date: 
Tuesday, February 6, 2018

Pada 6 Februari 2018 MaCGDI, NRE telah menerima kunjungan daripada tiga (3) orang Pensyarah dan 93 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Geodesi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Diponegoro, Indonesia. Lawatan akademik ini telah diketuai oleh Encik Ir. Sawitri Subiyanto selaku Ketua Jabatan tersebut.

 

Para pelajar yang menyertai lawatan akademik ini telah mempelajari subjek asas Sistem Maklumat Geografi (GIS) pada semester yang lalu dan kini sedang meneruskan pembelajaran GIS lanjutan pada semester ini. Oleh itu, lawatan akademik ini menjadi salah satu perancangan Universiti tersebut untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada para pelajar berkaitan pengurusan infrastruktur data geospatial bagi sesebuah negara. 

 

Pasukan MaCGDI yang diterajui oleh Puan Hajah Norizam binti Che Noh selaku Pengarah, telah menyantuni delegasi lawatan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memilih MaCGDI sebagai salah satu destinasi lawatan antarabangsa mereka. Timbalan-timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai MaCGDI turut hadir di sesi lawatan akademik ini.

 

Pada lawatan akademik ini, MaCGDI telah membentangkan mengenai pengenalan MaCGDI dan Program MyGDI serta dua (2) aplikasi utama MyGDI iaitu 1Malaysia Map dan MyGOS. Para pelajar di lawatan akademik ini telah menunjukkan minat yang mendalam kepada aplikasi-aplikasi yang dibentangkan dan turut berkongsi pengalaman pembelajaran teknologi geospatial sedia ada di negara mereka.

 

Pihak MaCGDI berharap agar lawatan akademik ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar untuk mempelajari ilmu dan pengalaman baru mengenai bidang tugas penyelaras data geospatial di negara Malaysia.

 

Click here to view Photo Gallery

 

Category: 
Year: