Lawatan Daripada Delegasi Ministry Of Land Reform And Management, Nepal Ke MaCGDI

Date: 
Friday, June 9, 2017

PUTRAJAYA – MaCGDI telah menerima kunjungan delegasi daripada Ministry of Land Reform and Management, Nepal. Pihak delegasi terdiri daripada empat (4) orang dan diketuai oleh Mr. Arjun Raj Pant (Under Secretary, Ministry of Land Reform and Management, Nepal) dan wakil daripada JUPEM. Pihak delegasi telah disambut mesra oleh pegawai – pegawai MaCGDI yang diketuai oleh Sr Ahmad Akhir bin Tompang, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi dan Standard.

 

Lawatan selama lima (5) hari ke Malaysia adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai pengurusan tanah di Malaysia. Selain MaCGDI, pihak delegasi turut berkunjung ke agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan (JKPTG) dan PLANMalaysia.

 

Semasa sesi lawatan, pihak delegasi telah diberikan penerangan berkaitan peranan dan fungsi MaCGDI dan Program MyGDI. Selain itu, pihak MaCGDI turut berkongsi berkaitan sistem Teras Tanah yang dikendalikan oleh MaCGDI. Semasa sesi pembentangan, sesi perbincangan dua hala turut diadakan. Pihak delegasi telah memberikan maklum balas yang baik dalam sesi perbincangan ini. Mereka juga turut berkongsi perkembangan pengurusan tanah dan geospatial di Nepal. Pihak MaCGDI dan delegasi turut bertukar momento sebagai tanda kenangan. Sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak delegasi.

 

 

Click here to view photo gallery.

Category: 
Year: