Lawatan Kerja Dan Perbincangan Mengenai Potensi Kerjasama Dengan Jabatan Bekalan Air (JBA)

Date: 
Tuesday, January 22, 2019

Pada 22 Januari 2019 lalu, MaCGDI telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Bekalan Air (JBA) bagi tujuan perbincangan potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak. JBA merupakan salah satu Jabatan yang sebelum ini bernaung di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA). Pembentukan Kerajaan Baharu pada tahun 2018 telah menggabungkan semula Jabatan sektor air di bawah KeTHHA termasuk JBA bersama Jabatan-jabatan di bawah NRE menjadi satu Kementerian yang kini dijenamakan sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

 

Seterusnya, JBA telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan lawatan kerja ke MaCGDI yang bertanggungjawab menyelaras Program MyGDI dan telah banyak menjayakan kolaborasi antara agensi dalam pembangunan aplikasi geospatial.

 

Selain itu, lawatan kerja ini juga bertujuan untuk memberi cetusan idea berkaitan bidang geospatial kepada JBA yang boleh membantu melaksanakan misi Jabatan ini menguruskan perkhidmatan penyediaan infrastruktur sumber bekalan air secara efektif dan inovatif.

 

Delegasi lawatan kerja ini telah diketuai oleh Ir. Haji Abu Harith bin Haji Shamsuddin, Timbalan Ketua Pengarah JBA. Turut hadir sama ialah seramai lima (5) orang pegawai kanan JBA. MaCGDI turut mengadakan sesi perkongsian mengenai MaCGDI dan Program MyGDI serta taklimat aplikasi yang telah dibangunkan.

  

Puan Abrizah binti Abdul Aziz selaku Pengarah MaCGDI, mengucapkan terima kasih kepada delegasi lawatan kerja ini dan berharap kerjasama lain akan diteruskan dengan sesi khidmat runding serta pembangunan aplikasi geospatial JBA.

 

Klik di sini untuk galeri gambar.

Category: 
Year: