Lawatan Kerja Ke Bahagian Kartografi Dan GIS (BKGIS), JUPEM

Date: 
Wednesday, July 3, 2019

Lawatan Kerja Ke Bahagian Kartografi Dan GIS (BKGIS), JUPEM pada 25 Jun 2019 (Selasa) bertujuan untuk ;

  • Mendapatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam penyediaan video aplikasi e-map dari pegawai BKGIS, JUPEM.
  • Sebagai pendedahan awal kepada pasukan projek MaCGDI sebelum menjalankan rakaman prototaip video visual bagi keperluan projek peluasan aplikasi MyGeoName

Kehadiran pegawai-pegawai dari MaCGDI telah disambut oleh BKGIS, JUPEM yang diwakili oleh En. Nik Mohd Ramli bin Nik Yusoff.

Pembentangan dan perkongsian daripada BKGIS, JUPEM meliputi beberapa perkara:

  • Pengenalan mengenai Aplikasi E-Map
  • Asas Fotografi – Kaedah dan teknik pengendalian video kamera
  • Perkongsian penghasilan Quick Time Virtual Reality (QTVR)

Selain itu, pegawai MaCGDI juga didedahkan dengan amali:

  • Kerja luar teknik dan kaedah pengendalian kamera DSLR
  • Kaedah pemprosesan QTVR dan E-Map

MaCGDI secara keseluruhannya berpuashati dengan penerangan dan perkongsian yang telah diberikan oleh BKGIS, JUPEM dan diharapkan agar kerjasama ini akan diteruskan di masa akan datang.

 

Klik di sini untuk galeri gambar.

Category: 
Year: