Lawatan Kerja Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri ke MaCGDI

Date: 
Friday, March 31, 2017

PUTRAJAYA – MaCGDI telah menerima kunjungan delegasi daripada pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang terdiri daripada enam (6) orang pegawai EPU dan diketuai oleh Encik Mothi A/L SK Kothandabhany, Pengarah Seksyen Pembangunan Wilayah (SPW), EPU. Lawatan kerja ini turut dihadiri wakil daripada PLANMalaysia seramai dua (2) pegawai, wakil daripada Bahagian Kampung Baru seramai dua (2) orang dan wakil daripada Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) seramai dua (2) orang pegawai. Pihak delegasi telah disambut mesra oleh Puan Hajah Norizam binti Che Noh, Pengarah MaCGDI, Timbalan-timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai MaCGDI yang hadir.

 

EPU dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan telah membangunkan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN). SPKPN ini dibangunkan bertujuan untuk menyimpan profil kampung di Malaysia dan telah mula beroperasi pada Januari 2016. Pengumpulan data dibuat melalui agensi yang terlibat iaitu Bahagian Kampung Baru, JPM, FELDA, KKLW dan PLANMalaysia. Bagi memantapkan lagi sistem ini, pihak EPU mencadangkan untuk mengintegrasikan dengan GIS. Lawatan kerja ini juga diadakan bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama yang sedia ada antara EPU dan MaCGDI.

 

Pihak MaCGDI telah menyampaikan taklimat berkaitan Program MyGDI. Bagi melengkapkan tujuan lawatan ini, pihak MaCGDI juga telah menyampaikan taklimat dan demo berkaitan Projek Khas sebagai sample/ rujukan yang telah dibangunkan menggunakan data daripada pihak EPU. Wakil MaCGDI turut membentangkan berkaitan aplikasi MyGOS. Aplikasi ini dibangunkan sebagai medium bagi menggalakkan perkongsian dikalangan agensi kerajaan.

 

Semasa lawatan kerja ini, sesi perbincangan berkaitan pembangunan sempadan kampung juga diadakan. Perbincangan ini turut menekankan keperluan-keperluan bagi memantapkan sistem sedia ada dengan mengambil kira keperluan semasa dan masa depan agensi-agensi yang terlibat, seterusnya dapat memberikan manfaat kepada pengguna lain dan masyarakat. Semua pihak mengambil bahagian dalam sesi pertukaran pendapat ini. Lawatan kerja ini telah berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: