Lawatan MaCGDI, KATS Ke Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Date: 
Thursday, November 29, 2018

PUTRAJAYA - Pada 27 November 2018, MaCGDI telah berkunjung ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mendalami proses Entreprise Architecture (EA) yang telah diimplementasikan di Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai (BPWG) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), KPKT. EA yang telah diaplikasikan di KPKT merupakan suatu pendekatan untuk menjelaskan dengan sistematik komponen dan elemen yang menyokong pelaksanaan fungsi organisasi serta berkaitan dengan transformasi kepada budaya kerja semasa.

 

Tujuan lawatan kerja ini diadakan bagi berkongsi pengalaman dalam mengimplementasikan EA dalam penambahbaikan proses kerja selain cabaran yang dihadapi diperingkat awal dalam memperkenalkan EA di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli kelak. Lawatan ini selari dengan perancangan MaCGDI untuk menjalankan hasil dan syor daripada Kajian Pelan Induk Geospatial Negara (NGMP) yang telah selesai diadakan pada tahun ini. Salah satu serahan dalam kajian ini adalah Cadangan Rangka Kerja EA Geospatial Negara.

 

Delegasi MaCGDI telah diketuai oleh Puan Abrizah binti Abdul Aziz bersama 21 orang pegawai-pegawai dari pelbagai cawangan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak KPKT kerana sudi menerima kunjungan serta berkongsi tips yang sangat berguna untuk aplikasi EA di masa hadapan. Harapan MaCGDI agar lawatan ini dapat mengeratkan hubungan di antara Kementerian dan seterusnya dapat diterjemahkan kepada implementasi EA di MaCGDI dengan jayanya di masa hadapan

 

Klik di sini untuk galeri gambar 

 

Category: 
Year: