Lawatan Sambil Belajar Ke MaCGDI Bagi Pelajar Sarjana “Emergency Response And Planning” (ERP), UPM

Date: 
Friday, November 24, 2017

PUTRAJAYA - Buat kali kedua dalam tahun ini, MaCGDI telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia. Lawatan ini dihadiri oleh 29 orang pelajar bersama seorang pensyarah pengiring bagi Kursus Emergency Response and Planning.   

 

Objektif lawatan ini diadakan bagi mendapatkan pendedahan mengenai konsep perancangan respon kecemasan dengan memberi fokus kepada perkembangan teknologi dalam semua fasa pengendalian krisis dan kecemasan daripada aspek geospatial. Selain itu,  lawatan ini bertujuan untuk memahami lebih mendalam mengenai tatacara perkongsian maklumat geospatial antara agensi-agensi kerajaan melalui MaCGDI dan garis panduan pengurusan perkongsian maklumat sedia ada.

 

Lawatan ini dipengerusikan oleh Sr Hj. Ahmad Akhir bin Tompang, Timbalan Pengarah Cawangan Polisi dan Pembangunan Standard dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai MaCGDI. Antara pengisian lawatan ini meliputi beberapa pembentangan aplikasi yang telah dibangunkan oleh MaCGDI serta taklimat perkongsian data melalui program MyGDI.

 

Click here to view Photo Gallery.

Category: 
Year: