Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Bil. 1/2017

Date: 
Thursday, November 23, 2017

 

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Bil.1/2017 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM.

 

Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan membincangkan isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat telah dimulakan dengan agenda maklum balas perkara-perkara berbangkit berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.

 

Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai Laporan aktiviti penyelarasan data yang telah dilaksanakan dan status data geospatial yang terdapat di GDC.Selain itu juga, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai perancangan aktiviti untuk tahun 2018 dan juga mengemaskini semula senarai custodian data bagi kategori Demarcation.

 

Isu-isu yang telah dibincangkan akan diangkat ke mesyuarat JTFM 2017 bagi tujuan pelaporan aktiviti Framework MyGDI bagi kategori Demarcation.

 

Click here to view Photo Gallery.

Category: