Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi kategori Geology Bilangan 1 Tahun 2018

Date: 
Tuesday, November 13, 2018

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi kategori Geology Bilangan 1 Tahun 2018 telah dipengerusikan oleh En. Wan Saifulbahri bin Wan Mohamad, daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selaku agensi tunjak data geospatial bagi Kategori Geology. Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap agensi seperti:

 

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
  • Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM (BGSP)

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai latar belakang Geospatial Data Centre (GDC) dan ketersediaan Data Fundamental GDC bagi kategori Geology. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Pengurusan dan Perkongsian Data Fundamental GDC serta paparan Data Fundamental GDC melalui Aplikasi MyGDI Data Services. Seterusnya pembentangan oleh agensi mengenai status ketersediaan data dan Aplikasi Web GIS yang telah dibangunkan. Mesyuarat juga telah membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial serta membincangkan hala tuju dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Geology untuk tahun 2019.

 

Klik di sini untuk galeri gambar 

Category: 
Year: