Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography Bil. 1/2018 dan Bengkel MyGeotranslator kepada APD kategori Hydrography

Date: 
Monday, November 26, 2018

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Hydrography  Bil. 1/2018 telah dipengerusikan oleh Komander Kamarudin bin Yusuff, TLDM daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) selaku agensi tunjak bagi kategori Hydrography. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 28 wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Hydrography termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang terlibat ialah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), BGSP JUPEM, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pertanian (DoA), NAHRIM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), MoA.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai Ketersediaan data kategori Hydrography di GDC melalui MyGDI Data Service. Selain itu juga, wakil MaCGDI telah membentangkan Status Pengurusan dan Perkongsian bagi Kategori Hydrography dan seterusnya pembentangan daripada agensi pembekal data.

 

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Hydrography. Antara isu-isu yang telah dibangkitkan ialah penyelarasan bagi satu-satu fitur yang melibatkan banyak custodian data dan juga kualiti data yang diserahkan kepada urus setia.

 

Hasil daripada mesyuarat telah memutuskan mesyuarat focus group bagi data yang berbangkit akan diadakan bagi penyelarasan dan pengemaskinian data berikut.

 

Seterusnya pada sebelah petang diteruskan dengan bengkel MyGeotranslator kepada APD yang hadir bagi membantu dan memudahkan agensi pembekal data menggunapakai standard data geospatial yang telah dibangunkan oleh MaCGDI bagi memudahkan perkongsian data menerusi program MyGDI.

 

Urus setia mesyuarat ini ingin merakamkan ucapan terima kasih dan menghargai segala kerjasama serta sokongan yang telah diberikan oleh jabatan dan agensi di semua peringkat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti framework yang dijalankan sepanjang tahun 2018 ini bagi kategori Hydrography.

 

Klik di sini untuk galeri gambar 

 

Category: 
Year: