Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Transportation Bil. 1/2017

Date: 
Thursday, October 19, 2017

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Transportation  Bil. 1/2017 telah diadakan pada 11 Oktober 2017 di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),  Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Gs. Badariah binti Mohd Saufi daripada Jabatan Kerja Raya (Cawangan Senggara Fasiliti Jalan) selaku agensi tunjak bagi kategori Transportation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan. 

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 24 wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Transportation termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang terlibat ialah Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara, JUPEM, Dewan Bandarara Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Putrajaya (PPj)

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai Fungsi Agensi Tunjak & Custodian Data, pembentangan metadata, status ketersediaan data bagi kategori Transportation di GDC dan juga melalui MyGDI Data Services.

 

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Transportation pada masa akan datang.

 

Click here to view Photo Gallery.

 

Click here to view Photo Gallery.

Category: 
Year: