Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Geology Bilangan 1 Tahun 2017

Date: 
Thursday, August 24, 2017

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Geology Bilangan 1 Tahun 2017 telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh, daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selaku agensi tunjak data geospatial bagi Kategori Geology. Tujuan utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras, mengemaskini dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial dalam kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap agensi iaitu daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM (BGSP) dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), JMG.

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan oleh MaCGDI mengenai status ketersediaan Data Asas Geospatial Data Centre (GDC) bagi kategori Geology dan Status ketersediaan Metadata serta Taklimat Pengisian Metadata.Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh agensi mengenai status ketersediaan data dan Aplikasi Web GIS yang telah dibangunkan oleh agensi. Seterusnya mesyuarat juga telah membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi kategori Geology.Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan aktiviti penyelarasan data geospatial kategori Geology untuk tahun 2018.

 

Click here  to view Photo Gallery.

Category: 
Year: