Mesyuarat Bersama Pihak World Bank

Date: 
Wednesday, February 15, 2017

Mesyuarat Bersama Pihak World Bank telah diadakan diantara NRE, MaCGDI, JUPEM, JKPTG, BTUP di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, MaCGDI, NRE.

 

Objektif Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan secara lanjut berkaitan Malaysian SDI policy, institution and legal framework, technical infrastructure, data, capacity dan hal-hal lain. 

 

Rentetan daripada lawatan yang telah diadakan pada Oktober 2016 yang lalu, pihak World Bank sekali lagi mengunjungi MaCGDI pada 15 Februari 2017 untuk membincangkan secara lanjut berkaitan Malaysian SDI policy, institution and legal framework, technical infrastructure, data, capacity dan hal-hal lain. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya, TKSU (SA) dan juga turut dihadiri oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP), NRE. Manakala, pihak World Bank telah diwakili oleh Puan Kathrine Kelm dan Puan Sonila Jazaj.  

 

Pada lawatan kerjanya sebelum ini, pihak World Bank telah menyatakan hasrat untuk mendokumentasikan pengalaman Malaysia dalam pengurusan tanah. Pengalaman ini dijangka akan dikongsikan bersama negara-negara jiran yang sedang membangun seperti Lao PDR dan Myanmar. 

 

Pada mesyuarat ini, pihak World Bank juga telah menjalankan kaji selidik yang dipanggil sebagai Global Spatial Data Infrastructure (SDI) Diagnostic Tool and Scorecard (SDI Diagnostic Tool and Scorecard). Tujuan kaji selidik diadakan untuk (a) create a global index on the level of geomaturity for countries dan (b) produce a quick assessment for a country that provides a clear picture of the current status of SDI development. Keputusan daripada soalan kaji selidik ini kelak dapat membantu pihak World Bank untuk mengenal pasti aspek-aspek yang harus diutamakan dalam peningkatan sesebuah negara mengenai kepentingan SDI.

 

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga (3) jam telah menghasilkan suatu keputusan perbincangan yang amat komperehensif kepada semua pihak. Menurut pihak World Bank, kaji selidik ini juga akan dilaksanakan di beberapa buah negara lain dan keputusannya akan dibentangkan di World Bank Land and Poverty Conference yang dijangka berlangsung pada Mac 2017. Selain itu, pihak World Bank mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada MaCGDI dan Jabatan-jabatan NRE yang hadir bagi menjayakan mesyuarat dan kaji selidik ini.

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: