Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Existing Land Use, Zoning Land Use Dan Malay Reserve Area Bil. 1/2017

Date: 
Wednesday, August 16, 2017

Mesyuarat  Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Existing Land Use, Zoning Land Use Dan Malay Reserve Area Bil. 1/2017 telah diadakan pada 27 Julai 2017 di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 4, Podium 1, JKPTG, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.

 

Fokus utama perbincangan adalah untuk menyelaras dan membentangkan status pengemaskinian data spatial berkaitan dengan fitur Existing Land Use, Zoning Land Use dan Malay Reserve Area.

 

Beberapa slot pembentangan telah diadakan semasa sesi perbincangan iaitu Pembentangan Status ketersediaan data spatial oleh MaCGDI, Pembentangan Status pengemaskinian data guna tanah oleh PLANMalaysia, Pembentangan status maklumat Rizab Melayu oleh JKPTG dan Pembentangan status pengemaskinian data spatial Rizab Melayu oleh JUPEM Negeri.

 

Antara agensi yang terlibat ialah:

  1. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
  2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
  3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
  4. Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Hasil daripada mesyuarat telah membantu agensi-agensi dalam membuat penyelarasan berhubung dengan aktiviti pengemaskinian data dan penyeragaman beberapa maklumat seperti bilangan daerah, keluasan kawasan rizab dan lain-lain berkaitan aktiviti MyGDI.

 

 
Click here to view Photo Gallery
Category: 
Year: