Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Forest Reserve Area, Wildlife Reserve Area, Aborigine Reserve Area dan Park Reserve Area Bil.1/2017

Date: 
Thursday, April 20, 2017

Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Forest Reserve Area, Wildlife Reserve Area, Aborigine Reserve Area dan Park Reserve Area Bil.1/2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, MaCGDI Wisma Sumber Asli pada 20 April 2017 yang diurusetia oleh Cawangan Pembangunan Geodata, MaCGDI yang dihadiri oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Ukur & Pemetaan (JUPEM) Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang, Jabatan Ukur & Pemetaan (JUPEM) Negeri Johor, Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Johor, Jabatan Ukur & Pemetaan (JUPEM) Negeri Melaka, Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Melaka, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Ibu Pejabat.

 

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit bagi aktiviti penyelarasan data geospatial di bawah Kategori Demarcation. Fokus utama perbincangan adalah untuk menyelaras data dan maklumat berkaitan dengan fitur Forest Reserve Area, Wildlife Reserve Area, Aborigine Reserve Area dan Park Reserve Area .

 

 

Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur Forest Reserve Area, Wildlife Reserve Area, Aborigine Reserve Area dan Park Reserve Area Bil.1/2017 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.

 

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil agensi yang berkaitan iaitu daripada JUPEM (Bahagian Kadaster), JUPEM (Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) JUPEM Pahang, JUPEM Johor, JUPEM Melaka, JPSM, JPN Pahang, JPN Johor, JPN Melaka dan JTFM serta wakil daripada Cawangan Pembangunan Geodata dan Cawangan Polisi dan Pembangunan Standard MaCGDI.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menangani isu-isu berbangkit. Agenda mesyuarat adalah melibatkan perbincangan Isu Penyelarasan Sempadan Hutan Simpan Negeri Pahang, Johor dan Melaka, Isu Pertindihan Data antara Sempadan Hutan Simpan Kekal dengan Sempadan Kawasan Hidupan Liar, Perbincangan Kawasan Rizab Orang Asli dan Perbincangan Kawasan Taman Laut.

 

Beberapa slot pembentangan telah diadakan semasa mesyuarat iaitu Pembentangan Status Ketersediaan Data oleh MaCGDI, Pembentangan Status Penyelarasan Sempadan Hutan Simpan Negeri Pahang, Johor dan Melaka oleh JUPEM, Pembentangan Status Penyelarasan Sempadan Hutan Simpan Kekal dan Kawasan Hidupan Liar oleh JPSM dan Pembentangan senarai Kawasan Taman Laut oleh JTLM.

 

Hasil daripada mesyuarat telah membantu agensi-agensi dalam membuat penyelarasan berhubung dengan aktiviti pengemaskinian data dan pemadanan senarai pewartaan sempadan kawasan yang berkaitan. 

 

Click here to view photo gallery.

Category: 
Year: