Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) 2017

Date: 
Monday, September 18, 2017

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), NRE telah mengadakan satu “Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Clearinghouse MyGDI (JTCM) 2017” pada hari Isnin, 18 September 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, MaCGDI, NRE

 

Mesyuarat dimulakan dengan pendaftaran peserta serta bacaan doa serta kata-kata aluan Puan Pengerusi Mesyauarat serta pengesahan minit.

 

Antara perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai perbentangan Laporan status semasa Clearinghouse MyGDI, Kolaborasi dengan agensi melalui MyGOS oleh MaCGDI, Perkongsian pengalaman penggunaan aplikasi MyGOS oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Perkongsian pengalaman pelaksanaan MyGDI Negeri: Cabaran dan Hala Tuju oleh Unit GIS Negeri Melaka, Perkongsian infrastruktur secara data hosting di Pusat Data MaCGDI oleh Jabatan Mineral dan Geosains & Pembentangan Kemajuan Pelaksanaan MyGDI oleh Negeri.

 

Berikut adalah senarai perkongsian dokumen bagi mesyuarat tersebut :

1. Kertas 1- MaCGDI - Kedudukan Semasa Clearinghouse MyGDI JTCM 2017

2. Kertas 2- MaCGDI - Kolaborasi dengan agensi melalui MyGOS JTCM 2017

3. Kertas 3-JPV -Sesi Perkongsian Pengalaman Menggunakan Aplikasi MyGOS-VENOM JPV

4. Kertas 4 - Melaka - Pelaksanaan MyGDI Peringkat Negeri

5. Kertas 4 - Melaka - Perbentangan 1 Map Melaka

6. Kertas 5 - JMG -Perkongsian Infrastruktur Secara Data Hosting di Pusat Data

7. Kertas 6 - MaCGDI - Demo Aplikasi MyGDI Data Services

8. Pembentangan JTCM 2017 mengikut negeri

 

Klik di sini bagi paparan galeri gambar sepanjang mesyuarat JTCM berlangsung.

Category: 
Year: