Mesyuarat Pemurniaan Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information / Geomatics – Feature And Attribute Codes (MS1759:2015) Bil.3/2017 bagi kategori Transportation

Date: 
Tuesday, May 30, 2017

Mesyuarat Pemurniaan Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information / Geomatics – Feature And Attribute Codes (MS1759:2015) Bil.3/2017 bagi kategori Transportation telah diadakan di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, MaCGDI Wisma Sumber Asli pada 30 Mei 2017 yang diurusetia oleh MaCGDI.

 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengharmonikan cadangan baru dan penambahbaikan kod fitur dan atribut di dalam dokumen MS1759:2015 bagi kategori Transportation. Urus setia mesyuarat membentangkan kod fitur dan atribut di bawah kategori Transportation kepada ahli mesyuarat. Terdapat beberapa cadangan baru penambahbaikan fitur dan atribut daripada agensi di bawah kategori ini untuk dimasukkan di dalam dokumen MS1759.

 

Hasil pemurnian fitur dan atribut di bawah kategori ini akan dimajukan  kepada Jawatankuasa Teknikal SIRIM (TC2 SIRIM) bagi tujuan pengesahan.

 

Click here to view photo gallery.

Category: 
Year: