Mesyuarat Pemurnian Pemakaian Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information/Geomatics-Feature And Attribute Codes 2015 (MS1759:2015) Bil. 1/2017 Bagi Kategori Hydrography

Date: 
Monday, February 20, 2017

Mesyuarat Pemurnian Pemakaian Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information/Geomatics-Feature And Attribute Codes 2015 (MS1759:2015) Bil. 1/2017 Bagi Kategori Hydrography telah diadakan pada 16 Februari 2017 di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7, MaCGDI.

 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengharmonikan cadangan baru dan penambahbaikan kod fitur dan attribute di dalam dokumen MS1759:2015 bagi kategori Hydrography. 

 

Antara agensi yang terlibat adalah:

 

  • Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
  • Pusat Hidrografi Nasional (PHN)
  • Jabatan Laut Malaysia
  • Jabatan Pengairan dan Saliran Semenanjung Malaysia (JPS)
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

 

Urus  setia mesyuarat membentangkan kod fitur dan attribut di bawah kategori Hidrography kepada ahli mesyuarat.  Terdapat beberapa cadangan baru penambahbaikan fitur dan attribut daripada agensi di bawah kategori ini untuk dimasukkan di dalam dokumen MS1759. Hasil pemurnian fitur dan attribut di bawah kategori ini akan dimajukan  kepada Jawatankuasa Teknikal SIRIM (TC2 SIRIM) bagi tujuan pengesahan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengahari.

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: