Pameran Sempena Persidangan ICT & Geospatial Jabatan Alam Sekitar

Date: 
Monday, April 3, 2017

SELANGOR – Pada 3 April 2017, MaCGDI telah menerima jemputan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia untuk menyertai pameran sempena Persidangan ICT & Geospatial anjuran Seksyen GIS, Bahagian Teknologi Maklumat, JAS. Persidangan peringkat Jabatan ini telah diadakan di Grand Ball Room, Hotel Bangi-Putrajaya.

 

Persidangan ini bertujuan untuk memberi penerangan hala tuju JAS dalam skop teknologi maklumat dan geospatial serta memberi pendedahan teknologi terkini kepada pihak pengurusan atasan serta pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung. Dianggarkan sekitar 140 orang peserta yang terdiri daripada penyelaras IT & GIS JAS setiap negeri telah hadir ke persidangan ini.

 

Yang Berbahagia, Dato' Dr. Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah Alam Sekitar telah dijemput untuk merasmikan persidangan ini. Semasa sesi lawatan ke booth MaCGDI, beliau telah diberi penerangan berkaitan peranan MaCGDI sebagai peneraju kepada program MyGDI. Selain itu, beliau juga ditunjukkan dengan aplikasi 1Malaysia Map yang dibangunkan khusus untuk pengguna awam dalam perkongsian maklumat geospatial. Pegawai MaCGDI yang bertugas juga menerangkan mengenai aplikasi-aplikasi lain yang terdapat di MaCGDI dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada peserta persidangan.

 

Melalui persidangan ini, MaCGDI berpeluang mempromosi program MyGDI kepada umum di samping menyokong Jabatan lain di bawah NRE di dalam aktiviti geospatial. Selain MaCGDI, pameran ini juga turut disertai oleh Seksyen GIS, Bahagian Teknologi Maklumat JAS, Telekom Malaysia, Dell, Aldercy Creation dan Esri Malaysia.

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: