Pameran Sempena Program Outreach Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2018

Date: 
Thursday, March 8, 2018

Pada 8 dan 9 Mac 2018, MaCGDI, NRE telah menyertai pameran sempena Program Outreach Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2018 anjuran JPA bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang.

 

Program ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta yang terdiri daripada penjawat dan pesara sektor awam dari Zon Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

Salah satu acara menarik yang terdapat pada program ini adalah Majlis Pelancaran Aplikasi 1PesaraFindMe yang telah dibangunkan dengan kerjasama pihak MaCGDI, NRE dengan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Melalui aplikasi ini, seramai 800,000 orang pesara sektor awam kini boleh dihubungi dalam mendapatkan maklum balas mengenai kehidupan mereka selepas tamat perkhidmatan.

 

Aplikasi ini boleh diakses menggunakan telefon pintar dan mengandungi maklumat seperti nombor telefon, alamat dan lokasi pesara bagi memudahkan kerajaan untuk menghubungi pesara dengan pantas jika mereka diminta menyertai pelbagai program yang dianjurkan kerajaan.

 

Selain MaCGDI, ruang pameran pada program ini turut disertai juga pameran lain bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif NBOS JPA, perkhidmatan KWAP serta agensi strategik yang berkaitan sepanjang dua (2) hari program berlangsung.

 

Pihak MaCGDI yang telah diketuai oleh Puan Hajah Norizam binti Che Noh selaku Pengarah sangat berbesar hati dan bertuah kerana dapat menyertai pameran ini dan berterima kasih kepada JPA kerana turut sama menyokong dalam mempromosikan pembangunan Program MyGDI. 

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: