Pameran Sempena Program Ukur Bersama Rakyat (UBeR)

Date: 
Friday, March 16, 2018

Pada 16 Mac 2018, MaCGDI telah menyertai pameran sempena Program Ukur Bersama Rakyat (UBeR) anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Selain MaCGDI, program UBeR ini turut disertai oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

 

Program UBeR yang julung-julung kalinya diadakan di Tangkak, Johor bertujuan untuk memperkenalkan JUPEM, INSTUN dan MaCGDI kepada masyarakat di daerah ini tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi-agensi ini.

 

YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri NRE, merangkap Ahli Parlimen Ledang telah hadir bagi merasmikan program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan di booth pameran MaCGDI untuk menarik para pengunjung yang hadir. Antara pengisiannya seperti penerangan berkaitan fungsi MaCGDI dan program MyGDI, demonstrasi aplikasi story map kawasan-kawasan menarik di Ledang, permainan mix & match peta dan teka silang kata geografi. Pameran MaCGDI di program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung. Di samping itu, MaCGDI juga berpeluang untuk mempromosikan nama MaCGDI terutamanya kepada warga pendidik, pelajar dan masyarakat umum yang hadir.

 

Pada waktu yang sama, antara aktiviti lain yang dijalankan di program ini termasuklah Kayuhan Jejak Alam, Demonstrasi Penentuan Arah Kiblat, Pertunjukan Dron dan Pengukuran Hakmilik Tanah, Pertandingan Mewarna Peta bagi kanak-kanak sekolah, Menjejaki Tarikh Lahir Hijrah, Penyerahan Peta-peta Sempadan serta Menjejaki Langit Malam. 

 

Click here to view Photo Gallery

Category: 
Year: