Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS Ke 8)

Klik di sini untuk maklumat lanjut >>>

 

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai National Geospatial Information Symposium’ (NGIS) merupakan agenda dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Penganjuran pada kali ini adalah penganjuran NGIS Kelapan (Ke-8) yang diadakan bertujuan bagi mewujudkan satu wadah perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan sektor agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memartabatkan penggunaan maklumat dan teknologi geospatial dalam perancangan pembangunan negara.

Tema “Geospatial: Malaysia Ke Arah 2050” telah di pilih sebagai tema penganjuran NGIS Ke-8 pada tahun ini sebagai menyahut agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merupakan satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.  TN50 menyasarkan Malaysia dari sebuah negara maju, menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Sejajar dengan itu, MaCGDI melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah sepakat untuk memperkasa geospatial sebagai platform pembangunan negara ke arah 2050. NGIS Ke-8 bakal diadakan pada 10 - 11 Julai 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Objektif Penganjuran NGIS ke-8 untuk:

  • Menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini;
  • Merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor; dan
  • Memperkasa geospatial sebagai platform pembangunan negara ke arah 2050.

 

Topics Highlight

  1. Geospatial in Environmental Sustainability
  2. Smart City for Smarter Nation
  3. Geospatial : Technology and Innovative
  4. Geospatial : Security and Intelligence
  5. Geospatial : Malaysia Ke Arah 2050

 

Menarik di NGIS Ke-8

  1. Pembentangan Kertas Kerja
  2. Pameran  
  3. Anugerah Geospatial Kebangsaan
  4. Pelancaran Aplikasi / Produk MyGDI
  5. Pertandingan Video Multimedia
  6. Pertandingan Melukis Poster
  7. Pavilion / Klinik MyGDI

 

Penganjur Utama

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

 

Penganjur Bersama

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Dates: 
Tuesday, July 10, 2018 - 08:30 to Wednesday, July 11, 2018 - 18:30
Venue: 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia
Category: