Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MaCGDI

 

MaCGDI telah memulakan persiapan ke arah mendapatkan persijilan ISMS ISO/IEC 27001:2005 pada tahun 2013. Tanggal 3 Julai 2014, MaCGDI telah berjaya mendapat pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2005 di bawah skop “Pengoperasian Pusat Data MaCGDI, Putrajaya” daripada SIRIM QAS Sdn. Bhd.

 

Pada 27 Julai 2015, MaCGDI telah mendapat sijil peralihan standard dari ISO/IEC 27001:2005 kepada ISO/IEC27001:2013 di bawah skop  “Perkongsian Data Geospatial MaCGDI, Putrajaya” iaitu menepati fungsi MaCGDI sebagai Pusat Penyebaran Maklumat Geospatial Negara.