2016 : Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah memenagi Anugerah Pencapaian Khas Berprestij di dalam Anugerah Khas GIS (SAG) bagi aplikasi MyGOS. MyGOS merupakan sebuah aplikasi yang dapat membantu pengguna membuat keputusan yang digunakan oleh agensi kerajaan dalam menyokong pengurusan dan pentadbiran di dalam perkhidmatan awam.
Anugerah ini telah diumumkan oleh Jack Dangermond, Pengasas dan Presiden Esri di Esri International User Conference yang telah diadakan San Diego, California.
MaCGDI telah terpilih daripada lebih 350,000 organisasi sektor komersial dan awam di seluruh dunia untuk menerima penghormatan, yang mengiktiraf teknologi inovatif menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menyelesaikan cabaran dunia nyata. MyGOS (Malaysia Geospatial Online Services) adalah platform yang memudahkan perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi kerajaan dan sektor swasta.