Tarikh : 15 Julai 2024
Masa : 10:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, Aras G, Menara PETRA, Presint 4, Putrajaya
Pegawai/ Agensi Terlibat : 15 Pegawai dan Kakitangan PGN
Objektif/ Tujuan;
1. Untuk meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap penggunaan MyGeoportal;
2. Untuk meningkatkan kecekapan kefungsian dan perkhidmatan MyGeoportal; dan
3. Untuk menambahbaik struktur capaian dan kerangka MyGeoportal supaya mudah diakses dan dilayari.
Laporan Ringkas;
Bengkel Penambahbaikan Antaramuka MyGeoportal Pusat Geospatial Negara (PGN) telah diadakan pada 15 Julai 2024 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Azira binti Ibrahim merangkap Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi Web dan Multimedia, Cawangan Perkhidmatan Geospatial, Pusat Geospatial Negara.
Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap penggunaan MyGeoportal. Selain daripada itu, pandangan dan cadangan yang diketengahkan turut menekankan kepada penstrukturan semula kefungsian sistem, bentuk perkhidmatan dan penambahbaikan antaramuka MyGeoportal.
Secara ringkasnya, sesi bengkel ini telah dapat menghasilkan pelbagai variasi cadangan yang membina menjurus kepada penambahbaikan portal daripada peserta bengkel yang merupakan pemilik kandungan MyGeoportal.