11 Kepentingan Infrastruktur Data Geospatial dalam Pembangunan Bandar Pintar (The importance of Geospatial Data Infrastructure in Smart City Development) Pengenalan Matlamat utama inisiatif bandar pintar (smart city) adalah untuk mewujudkan persekitaran bandar yang mampan, boleh didiami dan berdaya tahan yang memberikan kualiti hidup yang tinggi kepada rakyat sambil memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan (Halegoua, 2020). Pembangunan bandar pintar diperkukuhkan lagi dengan pembangunan teknologi termaju seperti Internet of Things (IoT), Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan Analitik Data Raya “ “ Pembangunan bandar pintar sangat bergantung pada ketersediaan dan kebolehcapaian data geospatial, yang dijana oleh Infrastruktur Data Geospatial (GDI) DR ZAKRI TARMIDI Pensyarah, Jabatan Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia zakritarmidi@utm.my (big data analytics). Penggunaan pelbagai teknologi termaju ini dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan pengalaman secara keseluruhan (Silva et al., 2018). Pembangunan bandar pintar sangat bergantung pada ketersediaan dan kebolehcapaian data geospatial, yang dijana oleh Infrastruktur Data Geospatial (GDI). GDI merupakan satu kerangka melibatkan polisi, standard, data geospatial dan teknologi yang membantu dalam capaian dan perkongsian maklumat geospatial (Rajabifard & Williamson, 2002). GDI membolehkan pihak yang terlibat dengan inisiatif bandar pintar untuk mengumpul, membuat analisis, memapar dan mengedar data geospatial yang berkaitan melalui pelbagai sistem yang menyokong penyampaian perkhidmatan bandar seperti pengangkutan, tenaga, air dan pengurusan sisa. Dengan menggunakan GDI, bandar pintar dapat membangunkan model geospatial yang mengintegrasikan data spatial untuk mengenal pasti corak, trend dan perspektif yang dapat membantu dalam membuat keputusan serta membangunkan polisi. Kajian ini bertujuan menilai kepentingan GDI dalam pembangunan bandar pintar dengan mengenal pasti isu-isu dan langkah-langkah untuk mengintegrasi GDI dalam pembangunan bandar pintar. Kepentingan integrasi GDI dalam pembangunan bandar pintar boleh dilihat daripada beberapa kajian terdahulu. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa fokus utama iaitu; integrasi data spatial, strategi pentadbiran, keselamatan data spatial, carian dan analisis metadata, integrasi sensor, polisi dan interoperabiliti data. Terdapat beberapa isu utama yang telah diketengahkan oleh kajian-kajian terdahulu berkaitan integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar. Antara isu utama yang dinyatakan adalah berkaitan (1) data geospatial, (2) integrasi sensor berkaitan, (3) pengurusan data geospatial, (4) keperluan untuk menambah baik metadata dan (5) isu berkaitan institusi dan pentadbiran. Kepentingan GDI dalam Pembangunan Bandar Pintar Isu-isu Integrasi dalam Bandar Pintar
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==