BGSA 2024

12 Buletin Geospatial Sektor Awam TEKNIKAL Rajah 1 Lima (5) isu utama integrasi GDI dalam bandar pintar Data geospatial Integrasi sensor berkaitan Pengurusan data geospatial Keperluan untuk menambahbaik metadata Isu berkaitan institusi dan pentadbiran Bagi isu berkaitan data geospatial, perhatian perlu diberikan terlebih dahulu kepada isu format, kualiti dan interoperabiliti data (Ghosh & Mukherjee, 2022; Moshrefzadeh et al., 2017; Nagaraja et al., 2020). Format data yang berbeza dan kualiti data yang tidak terjamin merupakan cabaran utama yang perlu diatasi bagi memperbaiki integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar. Selain itu, interoperabiliti data perlu ditingkatkan kerana inisiatif bandar pintar ini memerlukan pelbagai jenis data termasuk data spatial dan data bukan spatial yang harus berfungsi secara saling melengkapi. Bagi isu integrasi sensor pula, data spatial yang digunakan, sepatutnya boleh diintegrasikan secara tidak langsung dengan pelbagai sensor lain seperti kamera litar tertutup (CCTV), sensor lampu trafik dan sensor-sensor berkaitan (Bhattacharya & Painho, 2017; Iban & Aksu, 2020; Rabelo et al., 2017). Kebolehan untuk mengintegrasikan sensor-sensor terkini dengan data spatial akan meningkatkan lagi kebolehcapaian dan kemas kini data yang sedia ada. Selain itu, isu berkaitan pengurusan data geospatial turut dibangkitkan khususnya berkaitan garis panduan atau prosedur untuk pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, analisis dan pengedaran atau visualisasi data spatial (Ghosh & Mukherjee, 2022; Moshrefzadeh et al., 2017). Dengan adanya garis panduan dan prosedur yang baik dapat membantu pihak pengurusan bandar pintar dalam meningkatkan kualiti, kebolehcapaian, keselamatan serta interoperabiliti data (Chaturvedi et al., 2019). Isu metadata juga sering dibincangkan di mana terdapat keperluan untuk menambah baik metadata supaya lebih dinamik untuk memudahkan proses carian dan analisis (Rajaram et al., 2018). Penambahbaikan ini boleh dilaksanakan dengan memasukkan topik peta dan hipergraf bagi melihat hubungan antara topik dalam metadata yang sedia ada. Ini akan memudahkan lagi proses carian dan analisis topik secara lebih mendalam. Akhir sekali, isu institusi dan pentadbiran GDI dalam bandar pintar turut diketengahkan (Iban & Aksu, 2020; Kim et al., 2019). Pelaksanaan GDI bandar pintar melibatkan pelbagai agensi, jabatan dan bahagian. Ini memerlukan pengurusan rentas-institusi yang melibatkan undang-undang, dasar dan kerangka kerja organisasi untuk memastikan komunikasi dan kerjasama yang berkesan. Format data yang berbeza dan kualiti data yang tidak terjamin merupakan cabaran utama yang perlu diatasi bagi memperbaiki integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar. “ “ Ke Arah Integrasi GDI dalam Bandar Pintar Berdasarkan isu-isu yang telah dikenal pasti, perancangan untuk menambah baik integrasi GDI dalam bandar pintar boleh dilaksanakan dengan lebih strategik. Kajian ini mengetengahkan beberapa cadangan inisiatif yang merangkumi tiga (3) hala tuju utama, iaitu menambah baik integrasi data geospatial, mempertingkatkan kemajuan teknologi dan pembaharuan institusi (rujuk Rajah 2). Menambah baik Integrasi Data Geospatial Mempertingkatkan Kemajuan Teknologi Pembaharuan Institut Rajah 2 Hala tuju integrasi GDI dalam bandar pintar

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==