BGSA 2024

13 Integrasi data geospatial boleh ditambah baik melalui pemudahcaraan dan pengaktifan data geospatial. Ini termasuk meningkatkan interoperabiliti dan kemudahan capaian data daripada pelbagai sumber serta memastikan data yang dihasilkan tepat, relevan dan terkini. Untuk meningkatkan penggunaan teknologi, adaptasi terhadap teknologi terkini dan akan datang yang berkaitan dengan GDI perlu dilaksanakan. Contohnya, teknologi seperti pembelajaran mendalam, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan data geospatial dan pemetaan pintar dalam bandar. Pembaharuan institusi pula perlu diberi tumpuan bagi memperkasa kerjasama dan kolaborasi antara agensi yang terlibat dalam pembangunan bandar pintar. Ini termasuk memperbaiki komunikasi dan meningkatkan penglibatan aktif semua pihak supaya pengurusan bandar pintar akan lebih efisien melalui sokongan dan koordinasi yang lebih baik antara institusi. Secara keseluruhannya, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan bandar pintar, integrasi yang efektif terhadap data khususnya data geospatial, pengurusan data yang cekap, keselamatan data yang kukuh serta pengurusan institusi yang baik adalah amat diperlukan. Integrasi GDI dalam inisiatif pembangunan bandar pintar bukanlah satu perkara baru, namun terdapat beberapa isu berkaitan integrasi perlu dilihat dan ditambah baik. Kajian ini mengenal pasti lima (5) isu dan menggariskan tiga (3) hala tuju utama untuk menambah baik integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar, iaitu: menambah baik integrasi data geospatial, mempertingkatkan kemajuan teknologi dan pembaharuan institusi. Kajian ini menunjukkan kepentingan untuk melihat semula asas bagi pelaksanaan integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar bagi memudahkan pengumpulan, pemprosesan, analisis serta visualisasi dan pengagihan data geospatial di antara agensi-agensi utama dalam inisiatif bandar pintar. Kesimpulan Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana membiayai projek ini di bawah Geran Penyelidikan Galakan UTM (UTMER), nombor vote 31J77. Penghargaan Kajian ini menunjukkan kepentingan untuk melihat semula asas bagi pelaksanaan integrasi GDI dalam inisiatif bandar pintar “ “ RUJUKAN; Bhattacharya, D., & Painho, M. (2017). Smart cities intelligence system (smacisys) integrating sensor web with spatial data infrastructures (sensdi). ISPRS Annals of Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information Sciences, 4, 21–28. Chaturvedi, K., Matheus, A., Nguyen, S. H., & Kolbe, T. H. (2019). Securing spatial data infrastructures for distributed smart city applications and services. Future Generation Computer Systems, 101, 723–736. Ghosh, S., & Mukherjee, A. (2022). STROVE: Spatial data infrastructure enabled cloud–fog–edge computing framework for combating COVID-19 pandemic. Innovations in Systems and Software Engineering, 1–17. Halegoua, G. (2020). 1 AN INTRODUCTION TO SMART CITIES. Iban, M. C., & Aksu, O. (2020). A model for big spatial rural data infrastructure in Turkey: Sensor-driven and integrative approach. Land Use Policy, 91, 104376. Kim, M., Gwak, I., & Koh, J. (2019). The strategies of advanced local spatial data infrastructure for Seoul Metropolitan Government. International Journal of Urban Sciences, 23(3), 352–368. Moshrefzadeh, M., Chaturvedi, K., Hijazi, I., Donaubauer, A., & Kolbe, T. H. (2017). Integrating and managing the information for smart sustainable districts-the Smart District data infrastructure (SDDI). In Geoinformationssysteme 2017–Beiträge zur 4. Münchner GI-Runde. Wichmann Verlag. Nagaraja, G. S., Koundinya, A. K., Thippeswamy, G., & Hegde, V. V. (2020). Spatial Data Infrastructures for Urban Governance Using High-Performance Computing for Smart City Applications. Smart Intelligent Computing and Applications: Proceedings of the Third International Conference on Smart Computing and Informatics, Volume 2, 585–592. Rabelo, A. C. S., Oliveira, I. L., & Lisboa-Filho, J. (2017). An Architectural Model for Smart Cities using Collaborative Spatial Data Infrastructures. International Conference on Smart Cities and Green ICT Systems, 2, 242–249. Rajabifard, A., & Williamson, I. P. (2002). Spatial Data Infrastructures: an initiative to facilitate spatial data sharing. Global Environmental DBs- Present Situation and Future Directions. ISPRS-WG IV/8. Rajaram, G., Karnatak, H. C., Venkatraman, S., Manjula, K. R., & Krithivasan, K. (2018). A novel computational knowledge-base framework for visualization and quantification of geospatial metadata in spatial data infrastructures. GeoInformatica, 22, 269–305. Silva, B. N., Khan, M., & Han, K. (2018). Towards sustainable smart cities: A review of trends, architectures, components, and open challenges in smart cities. Sustainable Cities and Society, 38, 697–713.

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==