DARI MEJA TS. RUSLIZA HANIM BINTI MAARIF Ketua Editor Buletin Geospatial Sektor Awam Edisi 2024 Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) KETUA EDITOR Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani Selamat datang ke Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2024. Syukur ke hadrat Ilahi, pada tahun ini, Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan jayanya dapat menerbitkan sebuah buletin yang padat dengan informasi dan perkembangan terkini berkaitan bidang geospatial. Edisi 2024 kali ini mengetengahkan artikel eksklusif mengenai pembangunan sistem untuk keselamatan awam menggunakan teknologi Geospatial Intelligence (GEOINT) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Artikel ini memberikan maklumat tentang bagaimana teknologi GEOINT digunakan sebagai usaha PDRM mempertingkatkan keselamatan awam secara berkesan, satu langkah ke arah Malaysia yang lebih selamat. Selain itu, BGSA Edisi 2024 turut memaparkan sumbangan artikel daripada para cendekiawan dan pakar daripada pelbagai institusi, seperti Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), International Islamic University Malaysia (IIUM), termasuklah daripada PGN sendiri. Kepelbagaian pandangan dan ilmu yang dibawakan oleh penulis-penulis ini diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada para pembaca dalam memahami dan mengaplikasikan teknologi geospatial dalam pelbagai bidang. Tidak ketinggalan, kolum tetap yang melaporkan aktiviti dan promosi program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI), yang merupakan fungsi utama PGN, diteruskan juga dalam edisi kali ini. Kolum ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk memperkenalkan perkembangan terkini MyGDI, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dalam usaha memajukan pembangunan dan perkongsian data geospatial di Malaysia. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutamanya kepada penulis, penyelaras dan ahli sidang pengarang yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan penerbitan BGSA Edisi 2024 ini. Semoga buletin ini menjadi sumber inspirasi dan pengetahuan yang bermanfaat kepada semua pembaca. Selamat membaca! 1
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==