BGSA 2024

32 Buletin Geospatial Sektor Awam MyGDI Projek pembangunan Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan kerjasama agensi negeri seperti PerakGIS, BPEN Kedah dan BPEN Perlis telah berjaya mengemas kini data Kategori Built Environment bagi Negeri Perlis, Kedah dan Perak. Antara objektif utama projek ini adalah memastikan data Point of Interest (POI) yang terkini, tepat dan disahkan oleh custodian data. Usaha ini memperkukuh Pusat Data Geospatial (GDC) dan menyokong perkongsian data melalui MyGDI, bagi manfaat semua pihak yang berkepentingan. Jumlah Rekod Data Perlis 1,782 rekod data Jumlah Rekod Data Kedah 15,600 rekod data Sebanyak 80 lapisan data kategori Built Environment yang tersedia di GDC pada tahun 2024 untuk perkongsian MyGDI. Ciri-ciri maklumat POI yang ditetapkan: 1. Kedudukan POI berada pada centroid compound bangunan 2. Mengikut standard MS1759 3. Sistem Koordinat GDM2000 MRSO 4. Lampiran gambar POI terkini 5. POI disemak dan disahkan oleh agensi kerajaan negeri di Perlis, Kedah dan Perak Pengemaskinian Data Kategori Built Environment

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==