BGSA 2024

Dokumen Gazetir Negeri Sarawak 33 Jumlah Rekod Data Perak 17,061 rekod data Tahukah anda? 1. Gambar POI terkini dicerap menggunakan GoPro MAX 360-degree memberikan pandangan komprehensif di lapangan. 2. Imej satelit daripada Maxar MGP Pro dan SecureWatch digunakan untuk membantu membuat semakan data di pejabat dan cerapan di lapangan. Terbitan 2023 - Edisi I Pusat Geospatial Negara (PGN), di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berperanan sebagai Pengerusi dan Sekretariat bagi Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG). KKPDNG bertanggungjawab membangunkan pangkalan data nama geografi dan menerbitkan dokumen gazetir kebangsaan. Dokumen Gazetir Negeri Sarawak 2023 ini menyenaraikan 13,205 nama geografi di Sarawak untuk rujukan agensi kerajaan, swasta, akademik dan orang awam. Setiap nama geografi dilengkapi dengan maklumat seperti sejarah negeri, jenis entiti dan koordinat lokasi. Data nama geografi di dalam dokumen ini diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan disahkan oleh Jawatankuasa Penamaan Geografi Negeri (JPGN) Sarawak. Setiap nama telah melalui proses semakan terperinci bagi memastikan kesahihan ejaan, jenis entiti dan lokasinya. Dokumen ini boleh diakses melalui pautan: MyGeoName – https://mygeoname.mygeoportal.gov.my/pdf/13.pdf

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==