Fundamental and Implementation Schema (MS 2647:2023) 34 Buletin Geospatial Sektor Awam MyGDI Pengenalan: MS2647:2023 adalah standard geospatial yang dibangunkan oleh Kumpulan Kerja Standard Metadata Geospatial Malaysia (NSC 07/TC 2/WG 3) di bawah Jawatankuasa Standard Kebangsaan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia (NSC 07). Wakil daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PLANMalaysia, Pusat Geospatial Negara dan lain-lain telah terlibat dalam pembangunan standard ini. MS2647:2023 diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) pada 21 Disember 2023. Kandungan: MS2647:2023 menerangkan skema metadata untuk set data dan perkhidmatan geospatial. Ia menyediakan maklumat tentang pengenalan, keluasan, kualiti, aspek spatial dan temporal, rujukan spatial, gambaran, pengedaran serta pemerolehan dan pemprosesan maklumat geografi, termasuk data imej dan grid. Standard ini juga menetapkan skema XML untuk melaksanakan dan mengesahkan metadata mengikut model konseptual. Malaysian Standard bagi Geospatial Metadata - Kegunaan: MS2647:2023 terpakai untuk: • Pengkatalogan pelbagai sumber, aktiviti clearing house dan penerangan lengkap set data dan perkhidmatan. • Perkhidmatan geografi, set data geospatial, siri set data dan ciri-ciri geografi. Pembelian: Dokumen ini MS2647:2023 boleh dibeli di laman web mySOL pada harga RM210.00 dalam format PDF.
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==