BGSA 2024

TEKNIKAL 2 Pembangunan Sistem Geospatial Intelligence-Led Policing (GEOINT-LP) Melalui Perisian Sumber Terbuka (Open Source) Bagi Keberhasilan Keselamatan Awam Buletin Geospatial Sektor Awam SUPT. DR. HASRANIZAM BIN HASHIM hasranizam@rmp.gov.my Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur Polis Diraja Malaysia Abstrak Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah agensi utama yang bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan awam negara. Sejajar dengan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara dan Malaysia MADANI, PDRM telah mengorak langkah menggunakan maklumat geospatial ke arah pendekatan Intellingence-Led Policing dalam menghadapi cabaran kepolisan moden masa kini. Pembangunan modul sistem seperti pemetaan jenayah, analisis data raya jenayah dan perisikan berupaya memajukan lagi model kepolisan semasa, sekaligus menghasilkan sistem Geospatial Intellingence-Led Policing (GEOINT-LP) yang berkesan dalam menganalisis kejadian jenayah berasaskan lokasi serta merancang program pencegahan jenayah secara strategik dan dinamik. Dengan kewujudan perisian geospatial sumber terbuka pada masa kini, pembangunan sistem lebih mudah dipelajari, kos efektif dan memberi impak tinggi terhadap keberhasilan keselamatan awam. PDRM adalah sebuah agensi penguatkuasaan utama yang berperanan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam menjalankan operasi harian, taktikal dan strategik, PDRM memerlukan satu sistem berasaskan teknologi geospatial keselamatan seperti Remote Sensing (RS), Global Positioning System (GPS), Geographic Information System (GIS) dan Satelite Image Data Analysis. Teknologi geospatial ini telah digunakan oleh agensi kepolisan antarabangsa sejak 30 tahun yang lalu. Sejak awal tahun 2003, PDRM menggunakan GIS dan GPS melalui Sistem C4i. Mulai tahun 2010, perkembangan teknologi geospatial mula diterapkan di beberapa jabatan dalaman PDRM. Keupayaan teknologi geospatial dalam PDRM bukan sahaja terhad kepada pemetaan dan analisis jenayah tetapi juga meluas kepada analisis Forensic GIS, Crime Geographic Profilling, Crime Location Prediction, Satellite Image Intelligence Processing, Crime Combat Location, IoT Crime based Location Analysis, Victim Crime Behaviour Repeat Location Analysis, Disaster Prevention Analytics dan Strategic Management based Location Sustainability. Ini menjadi asas kepada model Geospatial Intellingence-Led Policing yang turut diamalkan di peringkat antarabangsa. Geospatial Intellingence-Led Policing merujuk kepada penggunaan dan pengumpulan data raya untuk tujuan analitik, menghasilkan visualisasi lokasi dan trend jenayah bagi membantu membuat keputusan serta merancang pembanterasan aktiviti jenayah. Ketersediaan data raya dalam PDRM telah mendorong kepada pewujudan sistem Geospatial Intellingence-Led Policing (GEOINT-LP) sebagai inovasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Oleh itu, satu hab geospatial berpusat yang mengandungi pelbagai data keselamatan berasaskan lokasi diperlukan untuk memastikan PDRM terus maju dalam penggunaan teknologi ini. Platform GIS bersepadu juga diperlukan untuk menghubungkan data spatial daripada Pengenalan “ “ merujuk kepada penggunaan dan pengumpulan data raya untuk tujuan analitik, menghasilkan visualisasi lokasi dan trend jenayah, bagi membantu membuat keputusan serta merancang pembanterasan aktiviti jenayah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==