38 Buletin Geospatial Sektor Awam MyGDI INDEKS KUALITI AIR Pelan tindakan mempertingkatkan kualiti bekalan air mentah INDEKS KUALITI AIR Pelan tindakan kawalan hakisan dan endapan sungai INDEKS KUALITI AIR Pelan tindakan mempertingkatkan sistem saliran dan kawalan banjir bandar Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) PGN: Komitmen terhadap Keselamatan Data DATA ANDA SELAMAT DENGAN KAMI! 7-9 Mei 2024: Audit Dalam 2-3 September 2024: Audit Luar (SIRIM QAS International) Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menyediakan rangka kerja sistematik dan berstruktur mengikut piawaian ISO/IEC 27001:2013 ISMS untuk memastikan maklumat kekal selamat, berintegriti dan sentiasa tersedia. Sejak 2014, PGN telah melaksanakan ISMS untuk melindungi data dan maklumat, memberikan jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa maklumat yang diuruskan adalah terlindung daripada sebarang ancaman. Proses Pensijilan ISMS PGN Terkini dan Akan Datang: • Pensijilan (2022) • Audit Dalam (Mei 2024): Disyorkan agar audit luar dilaksanakan. • Audit Luar (September 2024): Memperolehi keputusan cemerlang, iaitu 0 NCR (Non-Conformity Reports) dan 0 OFI (Opportunities for Improvement). PGN disyorkan untuk meneruskan persijilan sehingga 15 Julai 2025. • Pensijilan Semula (2025): PGN akan mendapatkan pensijilan semula mengikut piawaian baharu ISO/IEC 27001:2022. PGN akan terus komited untuk memperkukuh keupayaan dalam pengurusan keselamatan maklumat mengikut piawaian ISMS.
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==