BGSA 2024

3 Inovasi Sistem GEOINT-LP pelbagai sumber dalaman dan luaran PDRM dalam satu pusat data geospatial yang membekalkan data terkini, tepat dan cepat yang boleh dicapai melalui platform hab geospatial PDRM ini. Seperti amalan kepolisan antarabangsa yang menggunakan teknologi geospatial intelligence (GEOINT), PDRM juga tidak terkecuali dalam mengguna pakai teknologi ini bagi memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Sistem GEOINT-LP adalah platform berasaskan perkhidmatan web y a n g menghubungkan data raya daripada pangkalan data utama bagi tujuan analitik serta menghasilkan visualisasi dalam bentuk pemetaan untuk pencegahan jenayah dan keselamatan awam. Projek ini telah disenaraikan dalam Pelan Strategik PDRM 2021-2025 serta dalam permohonan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia K e - 1 2 . Memandangkan keperluan yang mendesak, projek ini dijalankan melalui MENU Clients Django Web App PostgreSQL/PostGIS (Vector Datasets) File System (Raster Datasets) GeoWebCache GeoServer pyCSW Rajah 1 Arkitektur Geonode pembangunan kendiri (in-house development) oleh PDRM kerana ia dianggap sebagai keperluan strategik dan penting. Asas platform utama sistem ini menggunakan perisian sumber terbuka geospatial iaitu Geonode yang mengikut piawaian Open Geospatial Consortium (OGC). Dengan menggunakan perkakasan pelayan (server) sedia ada, pembangunan kendiri sistem GEOINT-LP dimulakan pada tahun 2022. Penggunaan perisian Geonode dipilih kerana keupayaannya menyokong penyimpanan data dalam pelayan on-premises milik jabatan, keselamatan perlindungan tinggi seperti penggunaan oAuth dan LDAP serta komponen yang menyokong piawaian OGC seperti Django, pyCSW, CSW Metadata Catalogue, OpenLayers, geoExt Web Mapping Libraries, PostgreSQL/ PostGIS Spatial Databases, GeoServer OGC Services, 2D/3D map visualisation dan Geospatial Python Libraries seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Perisian GIS yang digunakan bagi pendigitalan data ialah Quantum GIS (QGIS). QGIS menyediakan sambungan terus kepada Geonode, memudahkan pengurusan dan perolehan data dengan sistematik serta secara masa nyata (real-time). Perkongsian data masa nyata juga boleh dijalankan menggunakan perkhidmatan web seperti Web Map Service (WMS), Web Feature Service (WFS), Web Coverage Service (WCS), Catalog Service for Web (CSW), Web Map Context (WMC) dan Tile Map Service (TMS). Dengan keupayaan teknologi ini, sistem GEOINT-LP berfungsi sebagai hab utama perkongsian data bukan sahaja bagi data spatial tetapi juga data bukan spatial. Teknik integrasi kedua-dua jenis data ini boleh dilaksanakan dengan mudah melalui Forward Link, Backward Link dan Bi-directional Link.

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==