KANDUNGAN SEJAMBAK BICARA.................................................................................................. 3 SEUNTAI MADAH...................................................................................................... 5 ATUR CARA .............................................................................................................. 7 ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN (NGA) 2025.......................................... 9 Pengenalan NGA 2025 ...................................................................................... 9 Senarai Finalis NGA 2025 ............................................................................... 10 Kategori Kerajaan Persekutuan ....................................................................... 10 Kategori Kerajaan Negeri................................................................................. 13 Kategori Akademia .......................................................................................... 16 Kategori Industri............................................................................................... 19 SESI PERKONGSIAN.............................................................................................. 22 FORUM GEOSPATIAL PEMACU KELESTARIAN NEGARA .................................. 24 RAKAN STRATEGIK PENGANJURAN NGA 2025 .................................................. 29 JAWATANKUASA INDUK NGIS KE-10 ................................................................... 30 PENGHARGAAN ..................................................................................................... 32
3 SEJAMBAK BICARA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Dengan rendah diri, saya mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 berjaya diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua Jabatan dan semua komuniti geospatial atas kehadiran ke NGIS ke-10 pada 7 dan 8 Oktober 2025 dengan tema ‘GEOSPATIAL PEMACU KELESTARIAN NEGARA’. Ucapan tahniah dan syabas kepada Pusat Geospatial Negara (PGN), selaku penganjur utama serta Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) sebagai rakan strategik bagi Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 bersempena dengan NGIS ke-10. Penganjuran NGIS amat signifikan dalam memperkukuh ekosistem geospatial negara. Melalui inisiatif Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) dan platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS), data dapat dikongsi dengan lebih cekap, mengelakkan pertindihan serta menyokong pembangunan yang lebih sistematik dan bersepadu. Teknologi spatial kini menjadi instrumen penting dalam pelbagai sektor antaranya perladangan dan eksport, keselamatan sempadan negara, kesiapsiagaan bencana sehinggalah kepada pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Kerajaan sedang melaksanakan kajian pemusatan MyGDI bagi meningkatkan kecekapan,
4 keselamatan data dan penjimatan kos seiring dengan pendekatan Whole of Government (WoG). Simposium ini meraikan NGA 2025 dan Penghargaan Program MyGDI sebagai pengiktirafan kepada agensi persekutuan, agensi negeri, akademia dan industri yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang geospatial. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong simposium ini terutamanya penganjur utama PGN dan semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih. DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Menteri Perladangan dan Komoditi Memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
5 SEUNTAI MADAH Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 dan Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025. Penganjuran program ini amat signifikan dalam memperkukuh peranan geospatial sebagai pemacu utama dalam pembangunan negara yang mampan dan berdaya tahan. Dalam era transformasi digital dan perubahan iklim yang semakin mencabar, data geospatial bukan lagi satu pilihan – ia adalah keperluan. Maklumat geospatial berperanan penting dalam pelbagai aspek seperti perancangan bandar yang lestari, pengurusan sumber semula jadi, mitigasi bencana alam serta keselamatan negara. Dengan integrasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan analitik data raya (BDA), aplikasi geospatial kini lebih strategik dan bernilai tinggi dalam proses membuat keputusan. Simposium ini juga menjadi platform yang tepat untuk menghimpunkan para profesional, akademik, agensi kerajaan, industri serta generasi muda untuk berkongsi pengetahuan dan memperkukuhkan jaringan kerjasama. Saya amat yakin bahawa melalui inisiatif seperti ini, kita bukan sahaja menghargai sumbangan pemain industri geospatial, tetapi turut menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan data lokasi dalam kehidupan seharian. Lebih penting lagi, kita perlu memupuk minat generasi masa hadapan terhadap bidang geospatial. Mereka inilah yang bakal menjadi pemangkin kepada inovasi dan penggerak utama dalam memastikan pengurusan alam sekitar yang lestari, pembangunan yang inklusif serta keselamatan maklumat yang terjamin.
6 Akhir kata, saya berharap agar simposium ini akan melahirkan idea-idea baharu, memperkukuh integrasi antara sektor dan menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih hijau, pintar dan selamat. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sekian, terima kasih. DATUK DR. CHING THOO A/L KIM Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
7 ATUR CARA Hari Pertama - 07 Oktober 2025, Selasa Masa Perkara 08:00 pagi Pendaftaran Jemputan dan Sarapan 09:00 pagi Pembentangan Finalis Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025* ▪ Kategori Kerajaan Persekutuan ▪ Kategori Kerajaan Negeri 10:30 pagi Minum Pagi 11:00 pagi Pembentangan Finalis NGA 2025 (sambungan)* ▪ Kategori Akademia ▪ Kategori Industri 12:30 tengah hari Makan Tengah hari dan Rehat 02:00 petang Sesi Perkongsian 1 Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Lawatan panel juri ke reruai finalis NGA 2025 untuk penilaian lanjut** 03:00 petang Kuiz Kahoot! 03:30 petang Sesi Perkongsian 2 Inisiatif Kampung Digital Negeri Melaka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 04:30 petang Cabutan Bertuah Mesyuarat Panel Penilai NGA 2025** 05:00 petang Minum Petang dan Bersurai *10 minit pembentangan projek bagi setiap finalis **Sesi selari (parallel session)
8 Hari Kedua - 08 Oktober 2025, Rabu Masa Perkara 08:00 pagi Pendaftaran Jemputan dan Sarapan 09:00 pagi Forum Geospatial Pemacu Kelestarian Negara 10:15 pagi Minum Pagi 10:45 pagi Ketibaan YBhg. Datuk Dr. KSU NRES 10:50 pagi Ketibaan YB Dato’ Sri Timbalan Menteri NRES 10:55 pagi Ketibaan YB Datuk Seri Menteri Perladangan dan Komoditi Memangku Menteri NRES 11:00 pagi ▪ Nyanyian Lagu Negaraku ▪ Bacaan Doa 11:15 pagi Tayangan Perdana Video Promosi Program MyGDI 11:30 pagi Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Dr. KSU NRES 11:40 pagi Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Seri Menteri Perladangan dan Komoditi Memangku Menteri NRES 11:50 pagi Tayangan Montaj Perasmian 12:00 tengah hari Majlis Penyampaian: ▪ Penghargaan Forum ‘Geospatial Pemacu Kelestarian Negara’ ▪ Penghargaan Perkongsian Data Program MyGDI ▪ Penghargaan Kolaborasi Program MyGDI ▪ Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 12:30 tengah hari ▪ Sesi Fotografi ▪ Lawatan Tetamu Kehormat ke Reruai Finalis NGA 2025 ▪ Sidang Media 01:00 tengah hari Makan Tengah hari dan Bersurai Nota: Tertakluk kepada perubahan
9 ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN (NGA) 2025 Pengenalan NGA 2025 Anugerah Geospatial Kebangsaan - National Geospatial Awards (NGA) 2025 merupakan anugerah yang dipertandingkan bersempena dengan NGIS ke-10. Penganjuran NGA 2025 bertujuan mengiktiraf projek dan inisiatif berimpak tinggi yang menggunakan maklumat serta teknologi GIS secara inovatif demi kelestarian negara. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan dalam NGA 2025 iaitu: i. Kerajaan Persekutuan; ii. Kerajaan Negeri; iii. Akademia; dan iv. Industri. NGA 2025 dianjurkan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) sebagai rakan strategik bagi kategori industri.
10 Senarai Finalis NGA 2025 Kategori Kerajaan Persekutuan Finalis 1 Nama Agensi: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Tajuk Projek: Revolusi Pemetaan Interaktif Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) dalam Memacu Perancangan Guna Tanah Masa Hadapan Nama Kumpulan: PLANEXUS Ahli Kumpulan: 1. TPr Wan Andery bin Wan Mahmood 10. Shereen anak Sait 2. Muhamad Ikhwan bin Saadon 11. Siti Zulaika binti Samsol 3. Maizatul Munirah binti Abdul Rahman 4. Hamidah binti Shahir 5. Mohd Shazir bin Ashari 6. Amirul Husni bin Haron 7. Nurul Diyana binti Aziz 8. Abdul Nur Aqeem bin Abdul Raffar 9. Sarah Halwa binti Zanuddin Ringkasan Projek: PLANMalaysia sebagai agensi peneraju perancangan bandar dan desa melaksanakan inovasi melalui Kumpulan PLANEXUS dengan pembangunan Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan). Inovasi ini mengurangkan masa rujukan maklumat guna tanah perancangan sebanyak 99% berbanding kaedah konvensional serta menjimatkan kos operasi sehingga RM5,000 bagi setiap projek pemajuan. Sejak April 2025, penambahbaikan ini diaplikasikan dalam Sistem I-Plan dengan rekod capaian bulanan 20,000 hingga 27,000. Inisiatif ini menyokong aspirasi kerajaan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan menyerlahkan jenama PLANMalaysia sebagai agensi yang cekap, inovatif, serta responsif terhadap keperluan semasa.
11 Finalis 2 Nama Agensi: Perbadanan Putrajaya Tajuk Projek: Putrajaya Toward Visionary City Nama Kumpulan: ThinkAgile Ahli Kumpulan: 1. Mohd Musabri bin Shaharom 2. Gs. Zabibah binti Samat 3. Mohd Shazrul bin Sapian 4. Noor Azman bin Abdul Kassim Ringkasan Projek: Putrajaya Urban Observatory (PUO) ialah Platform Digital Data Raya yang menyokong pengurusan perbandaran dan keputusan berasaskan data oleh Perbadanan Putrajaya (PPj). Inisiatif ini selari dengan dasar kerajaan dan pelan strategik seperti Blueprint Putrajaya Smart City (2020–2025) serta Putrajaya AI City. Keunikan PUO terletak pada integrasi Putrajaya Smart City Framework dengan data geospatial berpandukan MS 1759. Ia merangkumi tujuh domain utama iaitu Smart Government, Smart Economy, Smart People, Smart Living, Smart Environment, Smart Utility & Infrastructure dan Smart Mobility dengan lebih 50 dashboard analitik interaktif yang menyokong 93 indikator Smart City.
12 Finalis 3 Nama Agensi: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Tajuk Projek: Sistem Maklumat Perancangan Desa Bersepadu (S-CHARMs): Inovasi Digital Perancangan Kampung Nama Kumpulan: CHARMsPION Ahli Kumpulan: 1. TPr Saifuddin bin Marsuk 2. Nursyazwani Aqilah binti Md Jailani 3. Ahmad Rifaie bin Bahari 4. Amirah Huda binti Azlan 5. Nurul Khayrin binti Ma'amor Ringkasan Projek: PLANMalaysia telah membangunkan Sistem Ciri-ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs), iaitu sistem bersepadu berasaskan geospatial untuk menangani isu pengurusan data kampung yang tidak sistematik. Menggunakan teknologi GIS, ia memaparkan dan menganalisis maklumat kampung serta kemudahan awam secara interaktif, mesra pengguna dan web-based. Dengan lapan modul utama yang menyokong pemetaan, kemas kini data dan perkongsian maklumat melalui Web API, sistem ini membantu perancangan kemudahan awam dan justifikasi peruntukan dengan lebih efisien. Kini digunakan dalam projek nasional seperti MyGeoName 2.0 dan Kampung Digital, S-CHARMs berpotensi diperluas ke Sabah dan Sarawak.
13 Kategori Kerajaan Negeri Finalis 1 Nama Agensi: Jabatan Hutan Sarawak Tajuk Projek: Aboveground Forest Carbon Density Estimation Using Remote Sensing (LiDAR & Geospatial Technologies) in Sarawak Nama Kumpulan: Karbon Hutan Sarawak Ahli Kumpulan: 1. Dr. Malcom anak Demies 12. Wan Hazli bin Wan Kadir 2. Mohamad Hidayatullah bin Mohamad 13. Omar Farouk bin Fauzi 3. Noraini binti Johari 4. Shilya Zulaikha binti Zamani 5. Wilma anak Manchu 6. Sharfezza binti Sharkawi 7. Dr. Muhammad Zulkarnain bin Abd Rahman 8. Dr. Hamdan bin Omar 9. Dr. Norhakim bin Yusof 10. Dr. Alvin Lau Meng Shin 11. Dr. Mohd Radhie bin Mohd Salleh Ringkasan Projek: Seiring agenda global mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, pemantauan stok karbon hutan menjadi keutamaan. Malaysia, khususnya Sarawak memiliki aset hutan luas dengan potensi besar sebagai penyerap karbon, namun kaedah konvensional pengiraan stok karbon adalah mahal, lambat dan terhad. Kajian ini mengintegrasikan teknologi LiDAR berketumpatan tinggi (UAV, mobil, daratan, satelit) dengan imej satelit serta pemodelan AI bagi menganggarkan biomass dan stok karbon hutan dengan lebih efisien dan tepat. Hasilnya menyokong mitigasi perubahan iklim, perdagangan karbon, dan memperkukuh pengurusan hutan secara mampan (SFM) melalui teknologi geospatial moden.
14 Finalis 2 Nama Agensi: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Tajuk Projek: Sistem Geospatial Smart System (GES MBDKLANG) Nama Kumpulan: GES MBDKLANG Ahli Kumpulan: 1. TPr Yusrina binti Mohamad Yusof 2. TPr Mohd Fauzi bin Burham 3. Mohd Sharil bin Harun Ringkasan Projek: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperkenalkan Sistem Geospatial Smart System (GES MBDKlang) sebagai inisiatif transformasi digital selaras dengan RMK13, Pelan Strategik Selangor 2023–2025 dan Smart Selangor 2025. Platform ini berfungsi sebagai rujukan, semakan dan analisis berasaskan peta digital serta data berjadual, menyokong perancangan, pemantauan dan pengurusan pembangunan bandar. Dengan lapan modul utama termasuk I-maps, Green Earth, Heritage & Conservation, Transportation Network, Klang Development Management System (KDMS), Executive Information System (EIS), Garis Panduan dan Award, sistem ini memperkukuh tadbir urus MBDK dalam merealisasikan bandar berdaya huni, berwarisan serta seiring aspirasi Smart State.
15 Finalis 3 Nama Agensi: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tajuk Projek: Geospatial Bandar Pintar Ampang Jaya Nama Kumpulan: Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ahli Kumpulan: 1. Rosliza binti Mohd 2. Mohd Ariff bin Jaafar 3. Huraizah binti Hori 4. Muhaini binti Musa 5. Nurul Nabilah binti Ibrahim Ringkasan Projek: Geospatial Bandar Pintar Ampang Jaya oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merupakan solusi holistik dalam merealisasikan konsep Bandar Digital Berdaya Huni. Berasaskan pembangunan GIS sejak 2006, MPAJ terus memacu inovasi termasuk pembangunan Pelan Tindakan Bandar Pintar (2022) selari dengan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia. Sistem ini mengintegrasikan GIS dengan sensor banjir, udara, CCTV, persimpangan pintar, Internet of Things (IoT) dan data pelbagai pangkalan untuk paparan pada dashboard pusat kawalan. Inisiatif ini meningkatkan kelancaran trafik sehingga 20%, menyumbang kepada pengiktirafan Ampang Jaya sebagai Bandar Paling Bahagia 2025 serta meningkatkan skor MurniNet kepada 94.95% pada 2024.
16 Kategori Akademia Finalis 1 Nama Agensi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tajuk Projek: Sistem Pengurusan Geospatial Aset Bersepadu (SEPADU GIS) Nama Kumpulan: Geo-TAG UKM Ahli Kumpulan: 1. Profesor Sr. Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam bin Abdul Maulud 2. Mohd Zulkefele bin Mohd Zain 3. Muhammad Syahidi bin Hasbullah 4. Sr. Mohd Aizat bin Saiful Bahri 5. Sr. Muhammad Amartur Rahman bin Zainal Abidin 6. Che Hafify bin Che Hashim Ringkasan Projek: SEPADU-GIS UKM memperkukuh pengurusan fasiliti dan infrastruktur kampus melalui integrasi data aset, utiliti dan ruang ke dalam satu platform pintar. Sistem ini membolehkan pengguna membuat keputusan berasaskan data sebenar, mempercepat penyelenggaraan, mengoptimumkan operasi serta menjimatkan kos dan masa sehingga 40%. Dengan dashboard interaktif, tenaga, air dan sisa dapat dipantau secara masa nyata, menyokong penjimatan sumber dan pengurangan karbon. SEPADU-GIS turut menjadi model rujukan melalui lawatan penanda aras universiti dan agensi lain, serta menyokong SDG-9, SDG-11, SDG-12 dan aspirasi kampus UKM rendah karbon 2030.
17 Finalis 2 Nama Agensi: University Malaya – Department of Geography, Faculty of Arts and Social Sciences Tajuk Projek: The Development of Disaster Risk Map (Hazard, Risk and Evacuation Map) of Potential Floods Area: A Case of Hulu Langat Nama Kumpulan: UM GeoHydro Ahli Kumpulan: 1. Dr. Nik Noor Athirah binti Nik Yusoff 2. Najah Atikah binti Zainal Ringkasan Projek: The Development of Disaster Risk Map of Potential Floods Area: A Case of Hulu Langat membangunkan peta risiko banjir bersepadu yang merangkumi bahaya, kerentanan dan laluan pemindahan. Hulu Langat dikenal pasti berisiko tinggi akibat urbanisasi, penebangan hutan dan sistem saliran terhad, dengan banjir besar 2020– 2021 memberi kesan serius. Projek ini menggunakan data terbuka dan teknik GIS lanjutan seperti Empirical Bayesian Kriging (EBK), Analytic Hierarchy Process (AHP) serta analisis rangkaian untuk menghasilkan peta yang tepat, mesra pengguna dan boleh dikemas kini. Hasilnya menjadi panduan praktikal bagi agensi, PBT dan komuniti, serta berpotensi diperluas ke kawasan lain di Malaysia dan Asia Tenggara.
18 Finalis 3 Nama Agensi: University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Kanzu Research: Resilient Built Environment Tajuk Projek: A Collaborative Multi-Agency Platform for Building Resilient Communities (MOBILISE) Nama Kumpulan: Kanzu Research: Resilient Built Environment Ahli Kumpulan: 1. Prof Madya Sr. Dr. Noralfishah binti Sulaiman 2. Dr. Haidaliza Masram 3. Prof Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah 4. Prof Madya Sr. Dr. Mustaffa Anjang Ahmad 5. Prof Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri 6. Prof Terrence Fernando 7. Awang Abdullah Awang Abdul Razak 8. Ir. Dr. Mohd Azlan Mohd Yusoff 9. Prof Madya Sr. Dr. Maziah Ismail Ringkasan Projek: MOBILISE ialah platform kolaboratif pengurusan bencana berimpak tinggi hasil projek R&D antarabangsa dibiayai oleh GCRF dan EPSRC, UK dengan kerjasama UTHM, Sri Lanka, Pakistan dan universiti UK. Direka sebagai Digital Public Good, ia memperkukuh daya tahan dan tadbir urus risiko melalui integrasi GeoAI, analitik ramalan dan interoperabiliti agensi seperti NADMA, polis dan bomba. Berasaskan seni bina data ontologi, MOBILISE membolehkan koordinasi lancar operasi bencana, khususnya mencari dan menyelamat, sekali gus mengurangkan kos ekonomi. Bermula 2019 di Sarawak, projek ini melahirkan makmal hidup RESILIENT4WRD dan mengaplikasikan ekosistem SARA berlandaskan model inovasi Quintuple Helix.
19 Kategori Industri Finalis 1 Nama Agensi: Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) Tajuk Projek: Indah Water Geographical Information System (IGIS) Project: Unlocking Geospatial Intelligence for Sewerage Management Nama Kumpulan: IWK Ahli Kumpulan: 1. Mohd Zubaidi bin Daud 2. Shahruizwan bin Sharudin 3. Muhammad Nurfazli bin Mohd Hasan 4. Muhammad Faiz bin Azizan Ringkasan Projek: Indah Water Geographical Information System (IGIS) ialah tonggak transformasi digital IWK, selaras dengan Pelan Transformasi Sektor Air (WST) 2040. Dilancarkan pada 2019, IGIS berkembang daripada sistem pemetaan kepada platform maklumat bersepadu yang menyokong operasi masa nyata, pengurusan aset dan perkhidmatan pembetungan cekap. Melalui penyeragaman data serta integrasi dalaman, aplikasi seperti OMGIS, NeMGIS, DESGIS, papan pemuka interaktif dan aplikasi mudah alih meningkatkan koordinasi operasi serta pemetaan aduan pelanggan. Dengan liputan lebih 7,000 loji rawatan, 22,000 km rangkaian dan 1.4 juta tangki septik, IGIS mempercepat maklum balas, menjimatkan kos dan menjadi penanda aras transformasi digital sektor pembetungan negara.
20 Finalis 2 Nama Agensi: Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) Tajuk Projek: Developing Digital Underground – SELGIS for Smarter Infrastructure Planning in Selangor Nama Kumpulan: Town Planning Department Ahli Kumpulan: 1. Gs. Edie Suradi bin Abd Wahid 2. Che Rasnan bin Che Rashid 3. Sr. Gs. Mohamad Sufi bin Mohamad Pisol 4. Abdul Hamid bin Mohammad Ghazali 5. Masrur Juwaidi bin Ahmad 6. Nur Hanis binti Zolkeffeli Ringkasan Projek: SELGIS (Sistem Maklumat Geografi Koridor Utiliti Selangor) ialah inisiatif digital Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) untuk membangunkan ekosistem pemetaan utiliti bawah tanah yang mampan. Sistem berasaskan GIS ini menyokong pengurusan dan visualisasi utiliti secara interaktif dalam persekitaran 2D dan 3D, meningkatkan kefahaman spatial dan ketepatan perancangan. Ia turut menyediakan akses kepada pangkalan data utiliti, analisis teknikal dan penilaian risiko bagi menyokong keputusan strategik. Melalui integrasi data, teknologi GIS dan kerjasama pelbagai pihak, SELGIS memperkukuh tadbir urus digital serta memastikan pembangunan infrastruktur Selangor lebih teratur, selamat dan berdaya tahan ke arah negeri pintar.
21 Finalis 3 Nama Agensi: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tajuk Projek: Inovasi GIS: Pemacu Kelestarian Tenaga dan Komuniti Masa Hadapan Nama Kumpulan: TNB GIS Distribution Network Ahli Kumpulan: 1. Muhammad Zakwan bin Ab Mutalib 2. Mazura binti Yusof 3. Siti Hajar binti Anuar Ringkasan Projek: Geographic Information System Distribution Network (GISDN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong aspirasi National Energy Transition Roadmap (NETR), Reimagining Tenaga 2.0 dan SDGs ke arah sifar bersih 2050 melalui inisiatif berasaskan GIS. Antara langkah strategik ialah pendigitalan aset dan rangkaian elektrik Pulau Tenaga Hijau (PTH), pembangunan Distribution Generation Hosting Capacity Map serta integrasi dalam sistem teras TNB. Dengan lebih 91,000 pencawang dan 4.8 juta sambungan meter termasuk Distributed Energy Resources (DER) dipetakan, GISDN kini menjadi single source of truth yang menyokong operasi kritikal TNB meliputi pengurusan aset, grid, tenaga, kerja dan pelanggan.
22 SESI PERKONGSIAN Biodata Pembentang Gs. Sr. Zulkifly bin Rizal Isfahani Dewan Bandaraya Kuala Lumpur E-mel: zulkifly@dbkl.gov.my Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Kuala Lumpur Abstrak: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan Sistem Pusat Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah bagi menyokong pengurusan pembangunan bandar raya yang pesat. Sistem ini memastikan data utiliti bawah tanah sentiasa dikemas kini, membantu kerja penyelenggaraan, perancangan projek baharu, serta menjadi rujukan ketika berlaku kerosakan. Dengan sistem ini, jabatan dalaman DBKL dapat memantau maklumat utiliti dengan lebih mudah, teratur dan efisien. Biografi: Gs. Sr. Zulkifly bin Rizal Isfahani ialah Ketua Unit Pemetaan Utiliti, Bahagian Geomatik DBKL serta Pengurus Projek Kuala Lumpur Underground Utility Data Centre (KLUDC). Berpengalaman 18 tahun dalam ukur tanah, GIS, pemetaan utiliti bawah tanah dan drone, beliau juga aktif sebagai penceramah jemputan dalam bidang geomatik. Berkelulusan Sarjana Muda Ukur & Geomatik (UiTM) dan Sarjana Penderiaan Jauh & GIS (UPM).
23 Puan Maznah binti Mahat Unit Perancang Ekonomi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Jabatan Ketua Menteri Melaka E-mel: maznah.mahat@melaka.gov.my Inisiatif Kampung Digital Negeri Melaka Abstrak: Projek perintis pertama negara ini memodenkan 618 kampung di Melaka melalui tiga teras utama: Pengurusan Rakyat, Pengurusan Data dan Pembangunan Negara. Inisiatif ini meningkatkan akses perkhidmatan, keterhubungan penduduk luar bandar serta pengumpulan data masyarakat secara sistematik menggunakan GIS. Ia menjadi pemangkin pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi kampung, seterusnya menyokong agenda negeri dan negara. Biografi: Puan Maznah binti Mahat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M12 di Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka. Berpengalaman 18 tahun dalam pembangunan daerah, negeri, pentadbiran dan kewangan, beliau kini mengetuai Unit Analisa/ Pemantauan Belanjawan Pembangunan Negeri serta mengkoordinasi Unit GIS. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan (UKM) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (UKM).
24 FORUM GEOSPATIAL PEMACU KELESTARIAN NEGARA Moderator Dr. Khamarrul Azahari bin Razak Felo Penyelidik Kanan, Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPCC) Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Khamarrul Azahari Razak merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC) dari Jun 2020 hingga Julai 2025. Beliau ialah pakar dalam bidang geosains, kejuruteraan geomatik dan pengurangan risiko bencana, serta memiliki pengalaman luas dalam projek penyelidikan dan kerjasama antarabangsa. Dr. Khamarrul aktif dalam jaringan profesional di peringkat nasional seperti STEP NADMA dan MERCY Malaysia serta antarabangsa seperti Integrated Research on Disaster Risk (IRDR), Technical Committee of Asian Civil Engineering Coordinating Council (ACECC TC21) dan Global Young Academy. Selain penyelidikan, beliau komited dalam pembangunan kapasiti, latihan dan pelaksanaan program Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM). Beliau juga merupakan antara pakar rujuk utama dalam bidang pengurangan risiko bencana di Malaysia.
25 Panel 1 Ts. Rusliza Hanim binti Maarif Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) Ts. Rusliza Hanim binti Maarif merupakan Pengarah Pusat Geospatial Negara semenjak Mei 2024. Beliau berkelulusan Sarjana Sistem Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2014 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai agensi serta jabatan. Kepakaran beliau dalam bidang ICT seperti pembangunan sistem, pengurusan projek, pembangunan dasar dan polisi serta pengurusan pelan strategik ICT sektor awam. Selain itu, beliau turut berpengalaman luas dalam bidang geospatial khususnya sebagai penyelaras pelaksanaan Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI).
26 Panel 2 LSr Dr. Hj. Ahmad Sanusi bin Che Cob Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) LSr. Dr. Hj. Ahmad Sanusi bin Che Cob merupakan tokoh terkemuka dalam bidang geospatial negara dengan pengalaman lebih 33 tahun dalam perkhidmatan ukur dan pemetaan. Beliau memiliki kelulusan akademik yang tinggi termasuk PhD dalam Remote Sensing dari Universiti teknologi MARA (UiTM), MSc dalam Photogrammetry & Geoinformatics dari Jerman, dan BSc dalam Surveying & Mapping Sciences dari United Kingdom. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memimpin pelbagai inisiatif utama seperti Malaysia Real-Time Kinematic Network GNSS (MyRTKnet), Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS), Astronomy Information Management System (AIMS) dan SmartKadaster. Sebagai Pengerusi ASEAN Competent Authority Committee on Surveying (ACACS), beliau aktif memperkukuh standard profesional dan kerjasama serantau. Di peringkat negeri Selangor, beliau turut menerajui pembangunan Geomatics & Land Surveying Discovery Centre (GLSDC) dan mengetuai projek pengukuran sempadan negeri.
27 Panel 3 TPr Shahrul Niza bin Samsudin Pengarah Bahagian Maklumat Gunatanah Negara Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) TPr Shahrul Niza bin Samsudin berasal dari Ayer Hitam, Kedah dan merupakan seorang perancang bandar berpengalaman luas dalam sektor awam. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2000 di Pejabat Projek Zon Utara, Alor Setar sebelum berkhidmat di PLANMalaysia@Pahang dan beberapa pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Daerah Besut dan Majlis Perbandaran Temerloh. Beliau kemudian menyandang jawatan penting seperti Pengurus Projek, Timbalan Pengarah PLANMalaysia@Kedah, dan Pengarah PLANMalaysia@Perlis. Pada tahun 2021, beliau berkhidmat di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai Pengurus sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, PLANMalaysia pada 2022 hingga kini. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Perancang Malaysia dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia.
28 Panel 4 Tengku Erina binti Tengku Nasrudin Ketua Pegawai Eksekutif, AECA Solutions Sdn. Bhd. Ahli Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) Tengku Erina ialah seorang pemimpin korporat yang berwawasan dalam bidang teknologi geospatial dan transformasi digital. Sebagai ahli Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA), Pertubuhan Juruukur Tanah Malaysia (PEJUTA) dan rakan strategik Urbanise Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), beliau aktif memperkukuh kerjasama awam–swasta dalam perancangan bandar pintar. Kepercayaan beliau terhadap potensi teknologi geospatial dalam membuat keputusan berasaskan data yang mampan dan inklusif mendorong pelbagai inisiatif inovatif. Diiktiraf dalam bidang kepimpinan melalui Sijil Pengkhususan dari Harvard Business School Online (2023), beliau berjaya menerajui AECA Solutions meraih pelbagai anugerah berprestij termasuk STAR Outstanding Business Award (Inovasi Terbaik – Emas) dan Rising Star Award di Geospatial World Forum di Madrid. Tengku Erina bercita-cita menjadikan Malaysia peneraju teknologi perisikan geospatial demi kelestarian, daya tahan iklim dan masa depan bandar pintar.
29 RAKAN STRATEGIK PENGANJURAN NGA 2025 Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) ditubuhkan sebagai platform perbincangan isu dan cabaran bandar pintar, serta peluang jaringan antara pemegang taruh. Dilancarkan pada World Urban Forum 9 pada 2018 dan didaftarkan secara rasmi di bawah ROS pada 2021, MSCA menyelaras sumber dan aktiviti untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial melalui pembangunan penyelesaian inovatif berasaskan teknologi ke arah kelestarian. Sebagai rakan strategik Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 bagi kategori industri, MSCA dipilih kerana mempunyai jaringan kukuh dengan pelbagai pihak industri yang terlibat dalam projek-projek geospatial. Peranan ini membolehkan MSCA menjadi penghubung penting antara industri dan agensi kerajaan dalam memperkukuh ekosistem geospatial negara serta mendorong pembangunan bandar pintar yang mampan di Malaysia.
30 JAWATANKUASA INDUK NGIS KE-10 Penaung YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Pengerusi YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Timbalan Pengerusi YBhg. Datuk Muhammad Yasir bin Yahya Setiausaha Bahagian (Tanah, Ukur dan Geospatial) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Setiausaha Ts. Rusliza Hanim binti Maarif Pengarah Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Ahli Sr. Mohamad Ridzuan bin Hj. Awang Noh Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sr. Juzaila binti Abd Satar Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Puan Hafirah binti Jamaludin Timbalan Pengarah Cawangan Aplikasi Geospatial Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
31 Puan Ruhani binti Abdul Aziz Timbalan Pengarah Cawangan Infrastruktur ICT Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Puan Norhazuren binti Halid Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Induk dan Protokol Jawatankuasa Anugerah Jawatankuasa Jemputan dan Logistik Jawatankuasa Perkongsian dan Hadiah Jawatankuasa Produksi Multimedia Jawatankuasa Sajian dan Kewangan
32 PENGHARGAAN Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani Menteri Perladangan dan Komoditi Memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia Smart Cities Association Alliance (MSCA) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Kementerian Ekonomi (KE) Jabatan Digital Negara (JDN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN (NGIS) KE-10
Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Aras 7 & 8, Menara PETRA No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya, Malaysia Tel. : +603 - 8886 1156 Faks: +603 - 8889 4851 E-mel: pgn.webmaster@nres.gov.my
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==