3 SEJAMBAK BICARA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Dengan rendah diri, saya mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 berjaya diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ketua Jabatan dan semua komuniti geospatial atas kehadiran ke NGIS ke-10 pada 7 dan 8 Oktober 2025 dengan tema ‘GEOSPATIAL PEMACU KELESTARIAN NEGARA’. Ucapan tahniah dan syabas kepada Pusat Geospatial Negara (PGN), selaku penganjur utama serta Malaysia Smart Cities Alliance Association (MSCA) sebagai rakan strategik bagi Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025 bersempena dengan NGIS ke-10. Penganjuran NGIS amat signifikan dalam memperkukuh ekosistem geospatial negara. Melalui inisiatif Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) dan platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS), data dapat dikongsi dengan lebih cekap, mengelakkan pertindihan serta menyokong pembangunan yang lebih sistematik dan bersepadu. Teknologi spatial kini menjadi instrumen penting dalam pelbagai sektor antaranya perladangan dan eksport, keselamatan sempadan negara, kesiapsiagaan bencana sehinggalah kepada pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar. Kerajaan sedang melaksanakan kajian pemusatan MyGDI bagi meningkatkan kecekapan,
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==