5 SEUNTAI MADAH Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-10 dan Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025. Penganjuran program ini amat signifikan dalam memperkukuh peranan geospatial sebagai pemacu utama dalam pembangunan negara yang mampan dan berdaya tahan. Dalam era transformasi digital dan perubahan iklim yang semakin mencabar, data geospatial bukan lagi satu pilihan – ia adalah keperluan. Maklumat geospatial berperanan penting dalam pelbagai aspek seperti perancangan bandar yang lestari, pengurusan sumber semula jadi, mitigasi bencana alam serta keselamatan negara. Dengan integrasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan analitik data raya (BDA), aplikasi geospatial kini lebih strategik dan bernilai tinggi dalam proses membuat keputusan. Simposium ini juga menjadi platform yang tepat untuk menghimpunkan para profesional, akademik, agensi kerajaan, industri serta generasi muda untuk berkongsi pengetahuan dan memperkukuhkan jaringan kerjasama. Saya amat yakin bahawa melalui inisiatif seperti ini, kita bukan sahaja menghargai sumbangan pemain industri geospatial, tetapi turut menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan data lokasi dalam kehidupan seharian. Lebih penting lagi, kita perlu memupuk minat generasi masa hadapan terhadap bidang geospatial. Mereka inilah yang bakal menjadi pemangkin kepada inovasi dan penggerak utama dalam memastikan pengurusan alam sekitar yang lestari, pembangunan yang inklusif serta keselamatan maklumat yang terjamin.
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==