Buku Program Hari GIS NRES 2024

Dewan Seri Melati Kompleks Perbadanan Putrajaya 08:30 pagi - 05:00 petang 29 Oktober 2024 Selasa

2 KANDUNGAN 4 TEMA DAN OBJEKTIF HARI GIS NRES 2024 3 SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG 5 KATA ALUAN 6 ATUR CARA HARI GIS NRES 2024 7 BIODATA PENCERAMAH 11 SENARAI PEMPAMER 13 PENGHARGAAN MEDIA SOSIAL PGN 14 INISIATIF GEOSPATIAL 14 KANDUNGAN MS. 2

Salam Sejahtera, Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES kerana berjaya menganjurkan Hari GIS NRES 2024 yang bertemakan “GIS NADI KELESTARIAN NEGARA”. Penganjuran Hari GIS ini adalah satu inisiatif yang sangat berguna bagi memupuk kesedaran di pelbagai peringkat tentang kepentingan dan penggunaan teknologi GIS dalam menyelesaikan permasalahan dan isu-isu semasa. Senario global kini menyaksikan keupayaan teknologi GIS dalam pengurusan maklumat geospatial telah berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi IR 4.0. Penggunaan teknologi GIS telah digunakan secara meluas dalam setiap sektor dan industri. Dalam usaha mencapai kemakmuran bersama dari sudut pembangunan ekonomi, pengurusan sumber asli yang mampan, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial, penerima gunaan GIS ini dilihat dapat membantu sesuatu keputusan dibuat secara optimum oleh pengurusan tertinggi agensi dan jabatan, sekali gus dapat meningkatkan tahap tata kelola perkhidmatan Kerajaan. Besar harapan saya agar semua pihak dapat memanfaatkan penggunaan teknologi ini bagi merealisasikan usaha Kerajaan memelihara kelestarian negara melalui agenda pembangunan bersih, hijau dan berdaya tahan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, para penceramah dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan Hari GIS NRES 2024. Sekian, terima kasih. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG MS. 3

MS. 4 Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa Pusat Geospatial Negara yang berusaha keras dalam menjayakan program ini. Tema Hari GIS NRES 2024 iaitu “GIS NADI KELESTARIAN NEGARA” menggambarkan komitmen kita menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mencapai visi negara. GIS merupakan wadah yang amat penting dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk memastikan pembangunan yang mapan dan berdaya saing, sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dalam menghadapi era kepesatan teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), teknologi GIS menjadi salah satu tunjang ke arah pembangunan dan pengurusan terancang, sistematik dan mapan. Ianya membantu dalam pengurusan risiko bencana dan dapat memastikan pembangunan infrastruktur tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem serta keterjaminan kelestarian negara. Program sebegini merupakan platform terbaik dan eksklusif untuk semua pihak berkongsi idea di samping memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran melalui kolaborasi dan pertukaran maklumat. Kehadiran dan sokongan anda semua adalah bukti komitmen kita bersama dalam menjayakan matlamat kelestarian negara. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program Hari GIS NRES 2024 ini. Semoga kerjasama dan usaha sekecil ini, kita dapat melangkah lebih jauh dalam usaha menjaga dan memajukan negara Malaysia tercinta. Sekian, terima kasih. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) KATA ALUAN

TEMA DAN OBJEKTIF HARI GIS NRES 2024 Memberi pendedahan kepada warga NRES mengenai peranan Pusat Geospatial Negara (PGN) dalam menyelaras perkongsian maklumat geospatial melalui inisiatif Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI). Mempertingkatkan pemahaman dan memberi pendedahan kepada warga NRES tentang perkembangan teknologi berkaitan bidang geospatial. Menggalakkan warga NRES untuk menggunakan teknologi geospatial dalam meningkatkan prestasi pengoperasian dan juga strategik organisasi. Mempromosikan peluang kolaborasi perkhidmatan geospatial dan kerjasama strategik bersama PGN. Tema Objektif GIS Nadi Kelestarian Negara MS. 5

Masa Perkara 08:30 pagi Pendaftaran Peserta 08:45 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat 09:00 pagi • Bacaan Doa • Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Dr. KSU NRES • Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan 09:30 pagi Lawatan ke Reruai Pameran 10:00 pagi Minum Pagi 10:30 pagi Sesi Perkongsian 1 Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) P.Geol. Gs. Dr. Hj. Mohamad bin Abd Manap Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) 11:30 pagi Sesi Perkongsian 2 Penggunaan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) dalam Pembangunan Sistem Aplikasi GIS Polis Diraja Malaysia SUPT. Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim Polis Diraja Malaysia (PDRM) 12:30 tengah hari Kuiz Kahoot! 01:00 tengah hari Rehat & Makan Tengah Hari 02:30 petang Sesi Perkongsian 3 Smart Mobility Solutions - Catalysing Sustainable Geospatial Analytic Initiatives Dato' Ts. Gs. Azhar bin Hj. Ismail MAP2U Sdn Bhd 03:30 petang Sesi Perkongsian 4 GeoAI Analytics - Framework for Management of Time Series Data Cube, Annotation Management, Automation and User Defined Dashboards Mr. Abhay Swarup Mittal SkyShine Corporation Sdn Bhd 04:30 petang Cabutan Bertuah & Majlis Penutup 05:00 petang Minum Petang & Bersurai ATUR CARA HARI GIS NRES 2024 MS. 6

P.Geol. Gs. Dr. Hj. Mohamad bin Abd Manap Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) e-mel: mohdmanap@jmg.gov.my Dr. Mohamad bin Abd Manap, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Beliau memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan kelulusan PhD dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2013, selepas memperoleh MSc dari universiti yang sama pada tahun 2005, serta BSc. (Hons.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Dalam kerjaya beliau, Dr. Mohamad telah menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Penolong Pengarah Kanan pada 2017 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah pada tahun 2020, bermula sebagai Pegawai Kaji bumi pada tahun 1994. Sistem MINGEOGIS, atau nama komersial MyGEMS siap dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada tahun 2023 berfungsi sebagai bank data nasional berbentuk spatial bagi pengurusan maklumat geosains dan sumber mineral negara. MyGEMS adalah sistem komprehensif, bersepadu dan berintegriti yang merangkumi semua aktiviti utama JMG bagi penghasilan produk geospatial yang mudah dicapai dan dikongsi selaras piagam pelanggan dan peruntukan akta Akta Penyiasatan Kaji bumi 1974. Data geospatial mineral dan geosains dikelaskan kepada sembilan (9) kluster utama iaitu geologi asas, bencana geologi, geologi warisan, air bawah tanah, geologi marin, sumber mineral, geofizik, lombong dan kuari serta makmal geokimia. Terdapat sepuluh (10) modul aplikasi dalam MyGEMS iaitu modul laman utama, pentadbiran sistem, pengurusan pengguna, pengurusan geoportal, pengurusan permohonan, kemasukan dan pengurusan meta data, carian/ katalog data, dashboard dan laporan, analisis makmal dan aduan/maklum balas. Biografi Abstrak BIODATA PENCERAMAH MS. 7

SUPT. Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim Polis Diraja Malaysia (PDRM) e-mel: hasranizam@rmp.gov.my Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) membolehkan pembangunan aplikasi GIS oleh PDRM dibangunkan dengan segera. Kemudahan perkongsian maklumat data GIS daripada agensi kerajaan lain dapat diperoleh dengan mudah bagi penganalisisan data aplikasi sistem yang dibangunkan. Di antara sistem aplikasi GIS yang telah dibangunkan melalui MyGOS ialah Sistem Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 pada tahun 2020-2021 sebagai alat memantau pelaksanaan strategi pencegahan Covid-19 oleh PDRM. Melalui pelbagai data yang disediakan oleh platform MyGOS, atur gerak kawalan pergerakan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan data dianalisis dengan cepat. Abstrak SUPT. Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim ialah SUPT Pengajian Penyelarasan yang bertugas di Pusat Pengajian Krisis dan Bencana, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Beliau memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkenalkan dan memajukan inovasi teknologi geospatial di PDRM, khususnya dalam penggunaan data geospatial untuk tujuan keselamatan dan logistik. Pada tahun 2020 dan 2022, beliau berjaya menjadi Johan Kategori Penambahbaikan di Majlis Persada Inovasi peringkat PDRM melalui projek berkaitan geospatial, satu pencapaian yang mengiktiraf kepakarannya dalam bidang ini. Selain itu, Dr. Hasranizam juga merangkul banyak pingat emas dalam pelbagai pertandingan inovasi di peringkat universiti dan negara melalui projek-projek inovatif yang berkaitan dengan teknologi geospatial dan GIS. Beliau turut dilantik sebagai Panel Penilai Khas Anugerah Inovasi Peringkat PDRM 2024 dan ini membuktikan kepercayaan yang diberikan terhadap pengalamannya dalam bidang inovasi. Di samping itu, beliau juga terlibat secara aktif dalam bidang penulisan akademik, menyumbangkan artikel dan kajian berkaitan teknologi geospatial dalam pelbagai jurnal akademik. Biografi MS. 8

Dato' Ts. Gs. Azhar bin Hj. Ismail MAP2U Sdn Bhd e-mel: sales@map2u.com.my Abstrak Smart Mobility Solutions are transforming how cities and regions manage transportation systems by integrating sustainable practices with advanced geospatial analytics. By leveraging data-driven insights and technologies such as GIS, IoT, and AI, these solutions aim to optimize urban mobility, reduce environmental impact, and improve overall efficiency. This approach enables better decision-making for traffic management, route optimization, and public transportation, contributing to sustainable urban growth. The integration of geospatial analytics further enhances the ability to monitor, analyse, and respond to dynamic mobility patterns, catalysing the development of smarter, greener cities. Dato' Ts. Gs. Azhar bin Hj. Ismail yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MAP2U Sdn Bhd. Beliau merupakan lulusan Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada tahun 2002. Sebagai seorang ahli dalam Malaysia Board of Technologists (MBOT), beliau juga berperanan sebagai Pengurus Projek Profesional di Institut Geospatial & Remote Sensing Malaysia (IGRSM). Di samping itu, beliau turut menyumbang kepakaran dalam bidang keusahawanan dan teknologi sebagai ahli dalam National Entrepreneur Foundation (NEF). Beliau telah terlibat lebih daripada 100 projek GIS selama 18 tahun dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, dan sektor swasta. Sejak tahun 2012, MAP2U Sdn Bhd sangat aktif membangunkan industri geospatial di Malaysia dengan tagline "Making GIS, Grow Together" dan mempunyai lebih 100 ahli pasukan dalam platform untuk melayani pelanggan geospatial. Pada masa ini, MAP2U sedang bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Program Pembelajaran Maya & Platform Pemasaran Digital; Universiti Teknologi Malaysia untuk menyokong Program Silibus Geospatial; Universiti Sains Islam Malaysia sebagai Analitik Data Besar/ AI dan dengan MIMOS untuk program Augmented Reality (AR). Biografi MS. 9

Mr. Abhay Swarup Mittal SkyShine Corporation Sdn Bhd e-mel: sscmh@pd.jaring.asia To address the integration of GeoAI (Geospatial Artificial Intelligence) with time series data cube management, annotation management, automation, and user-defined dashboards, we can conceptualize a framework with the following core components is Time Series Data Cube Management, Annotation Management, Automation, User-Defined Dashboards, Customization and Collaboration and Sharing. Mr. Abhay Swarup Mittal, berasal dari India, adalah seorang profesional yang berpengalaman luas dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang geospatial. Beliau adalah pengarah urusan dan pengasas Aetosky dan kini berkhidmat sebagai Konsultan Projek di SkyShine Corporation Sdn Bhd. Mr. Abhay memiliki Sarjana Teknologi dari Indian Institute of Technology, Kharagpur, India dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari National University of Singapore. Mr. Abhay telah membuat sumbangan yang besar dalam pengembangan pasaran antarabangsa. Semasa berkhidmat di Maxar, yang dahulunya dikenali sebagai Digital Globe, beliau berjaya merancakkan pertumbuhan pasaran di Asia dan Amerika Latin, dengan pencapaian mengagumkan yang mencatatkan lebih 100% peningkatan hasil antara tahun 2003 hingga 2013. Biografi Abstrak MS. 10

Pusat Geospatial Negara (PGN) https://www.mygeoportal.gov.my Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) https://www.jupem.gov.my Jabatan Alam Sekitar (JAS) https://www.doe.gov.my Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) https://www.mcmc.gov.my Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) https://www.bomba.gov.my SENARAI PEMPAMER Kerajaan MS. 11

TM Technology Services Sdn. Bhd. https://www.tmone.com.my Distribution Network, TNB https://www.tnb.com.my SELGEM Sdn. Bhd. https://www.selgem.com MAP2U Sdn. Bhd. https://www.map2u.com.my Sky-Shine Corporation (M) Sdn. Bhd. https://www.skyshine.com.my ESRI Malaysia Sdn. Bhd. https://www.esrimalaysia.com.my Swasta MS. 12

PENGHARGAAN Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam YB. Dato’ Sri Huang Tiong Sii Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semua Rakan Pempamer Semua Penceramah dan Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan HARI GIS NRES 2024 MS. 13

@pgnnres Imbas kod QR bagi maklumat lanjut MEDIA SOSIAL PGN INISIATIF GEOSPATIAL MS. 14

Pusat Geospatial Negara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Aras 7 & 8, Menara PETRA No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 Putrajaya, Malaysia E-mel: pgn.webmaster@nres.gov.my Tel. : +603 - 8886 1156 Faks: +603 - 8889 4851 @pgnnres

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==