Buku Program Hari GIS NRES 2024

Salam Sejahtera, Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES kerana berjaya menganjurkan Hari GIS NRES 2024 yang bertemakan “GIS NADI KELESTARIAN NEGARA”. Penganjuran Hari GIS ini adalah satu inisiatif yang sangat berguna bagi memupuk kesedaran di pelbagai peringkat tentang kepentingan dan penggunaan teknologi GIS dalam menyelesaikan permasalahan dan isu-isu semasa. Senario global kini menyaksikan keupayaan teknologi GIS dalam pengurusan maklumat geospatial telah berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi IR 4.0. Penggunaan teknologi GIS telah digunakan secara meluas dalam setiap sektor dan industri. Dalam usaha mencapai kemakmuran bersama dari sudut pembangunan ekonomi, pengurusan sumber asli yang mampan, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial, penerima gunaan GIS ini dilihat dapat membantu sesuatu keputusan dibuat secara optimum oleh pengurusan tertinggi agensi dan jabatan, sekali gus dapat meningkatkan tahap tata kelola perkhidmatan Kerajaan. Besar harapan saya agar semua pihak dapat memanfaatkan penggunaan teknologi ini bagi merealisasikan usaha Kerajaan memelihara kelestarian negara melalui agenda pembangunan bersih, hijau dan berdaya tahan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, para penceramah dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan Hari GIS NRES 2024. Sekian, terima kasih. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG MS. 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==