MS. 4 Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa Pusat Geospatial Negara yang berusaha keras dalam menjayakan program ini. Tema Hari GIS NRES 2024 iaitu “GIS NADI KELESTARIAN NEGARA” menggambarkan komitmen kita menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mencapai visi negara. GIS merupakan wadah yang amat penting dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk memastikan pembangunan yang mapan dan berdaya saing, sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dalam menghadapi era kepesatan teknologi digital dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), teknologi GIS menjadi salah satu tunjang ke arah pembangunan dan pengurusan terancang, sistematik dan mapan. Ianya membantu dalam pengurusan risiko bencana dan dapat memastikan pembangunan infrastruktur tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem serta keterjaminan kelestarian negara. Program sebegini merupakan platform terbaik dan eksklusif untuk semua pihak berkongsi idea di samping memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran melalui kolaborasi dan pertukaran maklumat. Kehadiran dan sokongan anda semua adalah bukti komitmen kita bersama dalam menjayakan matlamat kelestarian negara. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program Hari GIS NRES 2024 ini. Semoga kerjasama dan usaha sekecil ini, kita dapat melangkah lebih jauh dalam usaha menjaga dan memajukan negara Malaysia tercinta. Sekian, terima kasih. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) KATA ALUAN
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==