P.Geol. Gs. Dr. Hj. Mohamad bin Abd Manap Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) e-mel: mohdmanap@jmg.gov.my Dr. Mohamad bin Abd Manap, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Beliau memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan kelulusan PhD dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2013, selepas memperoleh MSc dari universiti yang sama pada tahun 2005, serta BSc. (Hons.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Dalam kerjaya beliau, Dr. Mohamad telah menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Penolong Pengarah Kanan pada 2017 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah pada tahun 2020, bermula sebagai Pegawai Kaji bumi pada tahun 1994. Sistem MINGEOGIS, atau nama komersial MyGEMS siap dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada tahun 2023 berfungsi sebagai bank data nasional berbentuk spatial bagi pengurusan maklumat geosains dan sumber mineral negara. MyGEMS adalah sistem komprehensif, bersepadu dan berintegriti yang merangkumi semua aktiviti utama JMG bagi penghasilan produk geospatial yang mudah dicapai dan dikongsi selaras piagam pelanggan dan peruntukan akta Akta Penyiasatan Kaji bumi 1974. Data geospatial mineral dan geosains dikelaskan kepada sembilan (9) kluster utama iaitu geologi asas, bencana geologi, geologi warisan, air bawah tanah, geologi marin, sumber mineral, geofizik, lombong dan kuari serta makmal geokimia. Terdapat sepuluh (10) modul aplikasi dalam MyGEMS iaitu modul laman utama, pentadbiran sistem, pengurusan pengguna, pengurusan geoportal, pengurusan permohonan, kemasukan dan pengurusan meta data, carian/ katalog data, dashboard dan laporan, analisis makmal dan aduan/maklum balas. Biografi Abstrak BIODATA PENCERAMAH MS. 7
RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==