Buku Program Hari GIS NRES 2024

SUPT. Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim Polis Diraja Malaysia (PDRM) e-mel: hasranizam@rmp.gov.my Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) membolehkan pembangunan aplikasi GIS oleh PDRM dibangunkan dengan segera. Kemudahan perkongsian maklumat data GIS daripada agensi kerajaan lain dapat diperoleh dengan mudah bagi penganalisisan data aplikasi sistem yang dibangunkan. Di antara sistem aplikasi GIS yang telah dibangunkan melalui MyGOS ialah Sistem Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 pada tahun 2020-2021 sebagai alat memantau pelaksanaan strategi pencegahan Covid-19 oleh PDRM. Melalui pelbagai data yang disediakan oleh platform MyGOS, atur gerak kawalan pergerakan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan data dianalisis dengan cepat. Abstrak SUPT. Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim ialah SUPT Pengajian Penyelarasan yang bertugas di Pusat Pengajian Krisis dan Bencana, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur. Beliau memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkenalkan dan memajukan inovasi teknologi geospatial di PDRM, khususnya dalam penggunaan data geospatial untuk tujuan keselamatan dan logistik. Pada tahun 2020 dan 2022, beliau berjaya menjadi Johan Kategori Penambahbaikan di Majlis Persada Inovasi peringkat PDRM melalui projek berkaitan geospatial, satu pencapaian yang mengiktiraf kepakarannya dalam bidang ini. Selain itu, Dr. Hasranizam juga merangkul banyak pingat emas dalam pelbagai pertandingan inovasi di peringkat universiti dan negara melalui projek-projek inovatif yang berkaitan dengan teknologi geospatial dan GIS. Beliau turut dilantik sebagai Panel Penilai Khas Anugerah Inovasi Peringkat PDRM 2024 dan ini membuktikan kepercayaan yang diberikan terhadap pengalamannya dalam bidang inovasi. Di samping itu, beliau juga terlibat secara aktif dalam bidang penulisan akademik, menyumbangkan artikel dan kajian berkaitan teknologi geospatial dalam pelbagai jurnal akademik. Biografi MS. 8

RkJQdWJsaXNoZXIy MjAyMjYxNQ==