Ke arah Bandar Selamat : Pencegahan Jenayah Bandar Melalui Perkongsian Pemetaan GIS Hotspot Jenayah

Program Bandar Selamat adalah inisiatif oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Inisiatif yang bermula sejak Januari 2004 dan dipantau oleh JPBD Semenanjung Malaysia ini mengandungi 3 teras strategi yang terdiri daripada 23 langkah pencegahan khusus untuk mencegah jenayah bandar dengan matlamat untuk menjadikan bandar-bandar di Malaysia selamat dan sejahtera. Salah satu daripada 23 strategi tersebut ialah ‘Perkongsian maklumat jenayah melalui ‘GIS-Based Crime Mapping.’ Kertas kerja ini akan menggariskan panduan untuk membangunkan pemetaan jenayah bandar menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengenal pasti kawasan-kawasan kerap berlaku jenayah (Crime Prone Area) atau disebut kawasan ‘hotspot’ jenayah dan seterusnya berkongsi maklumat pemetaan jenayah ini dalam strategi membenteras jenayah oleh PDRM dan PBT. 

 

Click here for details.

year: