Skip to main content
Please wait...

Melaka - MAP Melaka

Map Melaka

Map Melaka merupakan sistem GIS bersepadu Negeri Melaka atau dikenali sebagai “One Stop Centre Malacca Map” yang menggabungkan dan mengumpulkan semua sistem GIS dan data-data spatial di dalam satu teras yang sama.

Access Application

Penerbitan sistem Map Melaka ini terdapat di dalam Pelan Induk GIS Negeri Melaka 2010-2015 sebagai salah satu sistem pelaksanaan GIS Negeri. Sistem yang dapat memberikan maklumat dalam bentuk spatial yang boleh digunakan dan dimanfaatkan khususnya oleh rakyat Negeri Melaka.

Map Melaka memaparkan peta-peta mengikut enam (6) sektor iaitu Pendidikan, Perumahan, Kesihatan, Pelancongan, Komersial dan Pengangkutan. Ia juga menyediakan senarai Metadata Data State Geospatial Data Center Negeri Melaka dan senarai Data SGDC Melaka yang boleh dimuat turun.