Menggalur Masa Depan GIS di Malaysia

Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah berada di persada maklumat negara sejak lebih tiga dasawarsa yang lampau. Kewujudannya banyak membantu di dalam memudahkan urusan harian masyarakat yang begitu sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan. Artikel ini mengungkap dan menggalur masa depan GIS di Malaysia yang sering berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang tidak kurang hebatnya sehingga mencapai kemuncaknya kini. Artikel ini juga secara ringkas menelusuri proses pembangunan maklumat di pelbagai peringkat sejak dari zaman kolonial British sehinggalah sekarang yang menuntut kepada pendemokrasian maklumat spatial negara untuk kesejahteraan masyarakat. Di dalam menggalur masa depan GIS di Malaysia, tiga persoalan utama dilontarkan iaitu siapakah penentu kepada peneraju maklumat, sejauh manakah maklumat yang terkumpul mudah untuk diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat, serta tanggungjawab dan beban tugas untuk melahirkan wira-wira GIS negara dan selanjutnya menjadikan GIS sebagai rutin dan tugasan harian dalam semua lapisan masyarakat di negara ini. 

 

Click here for more details.

year: