Mengenai MaCGDI

 

 
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) telah dilulus penubuhannya bagi menggantikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah / National Infrastructure for Land Information System (NaLIS). Bagi menentukan keberkesanan pembangunan dan pelaksanaan MyGDI di semua peringkat, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastucture (MaCGDI) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2002 dan dipertanggungjawabkan dalam mengurus pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Infrastuktur Data Geospatial Kebangsaan(NSDI) serta  menyelaras perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta dan awam.
 
                 Hubungi kami untuk maklumat lanjut
                 Papar carta organisasi
 
Objektif MaCGDI:
 

Menyediakan perkongsian perkhidmatan dan maklumat Geospatial yang efisien melalui:

 

 Mekanisme tindakan bersepadu merangkumi tadbir urus, penggubalan dasar, perundangan dan pengukuhan kolaboratif strategik melibatkan pihak berkepentingan di semua peringkat bagi menyokong Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI);

 Penyelarasan bagi mengelakkan pertindihan maklumat geospatial melalui kolaboratif strategik agensi tunjak dan custodian bagi tujuan perancangan dan pembangunan negara;

 Pelaburan berkaitan geospatial dengan penghasilan produk dan perkhidmatan bagi penjanaan ekonomi yang mampan; dan

Pemerkasaan kepakaran, teknologi dan perkhidmatan perundingan dalam Research, Development, Innovation and Commercialisation (RDIC) bidang geospatial.

 

Fungsi MaCGDI:

 

 Menjadi agensi utama menyelaraskan pembangunan standard geospatial melalui perundingan antara Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta;

 Menjadi one stop centre perkongsian maklumat geospatial, melalui penyelarasan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta;

 Menjadi pusat rujukan teknikal bagi khidmat nasihat dan pakar runding berkaitan pembangunan aplikasi, penggunaan maklumat geospatial serta penyelidikan dan pembangunan;

 Membangunkan platform perkhidmatan web, bagi perkongsian maklumat geospatial untuk penggunaannya oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri, akademia dan swasta;

 Merancang dan melaksana program pembangunan sumber manusia dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS);

 Mengurus dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi Program MyGDI ke seluruh negara dan menggalakkan penggunaannya; dan

 Mewakili kepentingan agensi-agensi kerajaan dalam forum dan mesyuarat berkaitan maklumat geospatial di peringkat antarabangsa.

 


Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai:

 Tonton Video (Mengenai MaCGDI)

 Layari Galeri Aktiviti MyGDI